Utama Berita Automotif Volkswagen Transporter Commerce Pro S 2026, van kerja gaya sporti

Volkswagen Transporter Commerce Pro S 2026, van kerja gaya sporti

8

Volkswagen Commercial Vehicles memperkenalkan varian Transporter baharu iaitu Commerce Pro S. Model ini direka khusus untuk pelanggan yang mementingkan imej profesional dengan sentuhan estetik yang lebih menyerlah dan eksklusif.

Gayaan sporti van ini mengingatkan kepada model berprestasi VW dan penampilan sporti kedua selepas van Transporter Sportline yang diperkenalkan pada Februari lalu.

Volkswagen Transporter Sportline
Volkswagen Transporter Sportline

Rangkaian Kuasa dan Pilihan Varian

Varian Commerce Pro S menawarkan fleksibiliti kepada pengguna melalui pilihan jarak roda sama ada jarak roda pendek atau jarak roda panjang.

Ini memastikan ruang yang mencukupi untuk membawa pelbagai peralatan kerja atau perniagaan.

Bagi varian Kombi, ia menawarkan praktikaliti yang tinggi dengan lima tempat duduk secara standard serta pilihan untuk menambah konfigurasi sehingga enam tempat duduk.

Untuk rangkaian kuasa, Volkswagen menawarkan beberapa pilihan mengikut keperluan operasi antaranya 2.0 TDI (170ps dan 390Nm) dengan transmisi 8-kelajuan automatik.

Tidak ketinggalan, rangkaian kuasa elektrik (EV) manakala eHybrid akan menyusul dalam masa terdekat.

Rekaan Luaran Commerce Pro S

Model Commerce Pro S tampil dengan perincian luaran yang lebih premium bagi membezakannya dengan varian standard.

Bahagian luaran dilengkapi rim aloi 17 inci hitam berkilat eksklusif serta pemisah hadapan mengikut warna badan.

Penampilan hadapan menjadi lebih menonjol melalui penggunaan kemasan bampar hadapan hitam berkilat dan jalur jeriji hitam berkilat.

Bagi memberikan imej yang lebih sporti, Volkswagen memasang spoiler belakang sport mengikut warna badan dan bar sisi bersegi.

Ciri luaran lain turut merangkumi perumah cermin sisi berwarna hitam serta cermin sisi luaran yang mempunyai fungsi pelarasan kuasa, pemanas dan lipatan kuasa.

Perincian Ruang Kabin dan Dalaman

Pada bahagian ruang dalaman, Commerce Pro S dilengkapi bingkai skrin hitam berkilat tinggi.

Selain itu, pemandu dan penumpang disediakan plat pemijak plastik bercahaya di dalam yang memberikan kesan eksklusif ketika melangkah masuk.

Keselesaan tambahan turut disediakan melalui pelindung cahaya matahari yang dilengkapi dengan cermin berlampu.

Ringkasan Spesifikasi Volkswagen Transporter Commerce Pro S

  • Pilihan rangkaian kuasa 2.0L TDI, elektrik dan eHybrid
  • Rim aloi 17 inci hitam berkilat eksklusif
  • Pemisah hadapan mengikut warna badan
  • Kemasan bampar hadapan hitam berkilat
  • Spoiler belakang sport mengikut warna badan
  • Jalur jeriji hitam berkilat
  • Bar sisi bersegi
  • Perumah cermin sisi hitam
  • Cermin sisi luaran pelarasan kuasa dan pemanas serta lipatan kuasa
  • Plat pemijak plastik berlampu di dalam kabin
  • Bingkai skrin hitam kilat
  • Pelindung cahaya matahari dengan cermin berlampu

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here