Utama Berita Automotif Moto Morini Alltrhike 450 masuk Malaysia, harga bermula RM28,888

Moto Morini Alltrhike 450 masuk Malaysia, harga bermula RM28,888

6

MForce Bike Holdings melancarkan Moto Morini Alltrhike 450, sebuah motosikal adventure-pertengahan untuk pasaran Malaysia,

MForce Alltrhike 450 ditawarkan pada harga bermula RM28,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dengan tiga warna – Earth Grey, Stone Black dan Brave White – tersedia untuk dipilih peminat motosikal kategori ini.

Model ini diramal bakal memberi saingan dalam segmen adventure 450cc, yang ketika ini dibarisi Royal Enfield Himalayan 450, KTM 390 Adventure dan CFMoto 450MT.

Atas kertas, Alltrhike 450 menampilkan gaya lebih retro berbanding pesaing lain dalam segmennya.

Dengan gabungan dua lampu bulat di hadapan, fender tinggi serta panel tangki bersegi, memberi keunikan tersendiri.

Alltrhike 450 ditawarkan bersama penghadang angin, panel meter TFT dengan sistem navigasi, pengecas USB Type-A dan Type-C.

Motosikal ini juga dilengkapi dengan ‘skid plate’ dan ‘center stand’ secara standard.

Pelengkap motosikal kategori ‘adventure’, model ini hadir dengan rim 21-inci depan dan dipadankan bersama fork KYB 42mm jenis terbalik dengan jarak gerak 200mm.

Sistem ABS pada jentera ini boleh dipadamkan, sekaligus memudahkan tunggangan off-road.

Alltrhike 450 dipacu enjin parallel-twin 450cc serba baharu yang berupaya menjana 44.2hp dan 44Nm.

Moto Morini Alltrhike 450 mempunyai ketinggian tempat duduk sekitar 847mm dan berat 170kg.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here