Utama Berita Automotif BMW Malaysia umum tambah baik BMW XM Label

BMW Malaysia umum tambah baik BMW XM Label

5

BMW Malaysia memperkenalkan penambahbaikan bagi BMW XM Label, yang kini ditawarkan sebagai satu-satunya varian dalam rangkaian BMW XM.

Dilancarkan pertama kalinya pada tahun 2023, Kenderaan Aktiviti Sukan (SAV) berprestasi tinggi daripada BMW M GmbH ini hadir dengan lebih pilihan warna luaran, kelengkapan standard dipertingkatkan, dinamik pemanduan ditambah baik, serta keselesaan yang diperhalusi.

Dikuasakan sistem hibrid BMW M, BMW XM Label menggabungkan enjin 4.4-liter M TwinPower Turbo V8 bersama motor elektrik untuk menghasilkan output sistem keseluruhan sebanyak 748 hp (550 kW) dan tork maksimum 1,000 Nm.

Gabungan ini membolehkan pecutan dari 0 hingga 100 km/j dicapai dalam hanya 3.8 saat, di samping menawarkan jarak pemanduan elektrik penuh hingga 83 kilometer.

Pelanggan kini boleh memperibadikan lagi BMW XM Label menerusi tawaran empat pilihan kemasan eksklusif BMW Individual Frozen iaitu Frozen Tanzanite Blue, Frozen Marina Bay Blue, Frozen Black dan Frozen Brilliant White.

Pilihan warna matte yang tersendiri ini menyerlahkan dimensi agresif dan rekaan ekspresif model tersebut, membolehkan pelanggan menzahirkan identiti tersendiri menggabungkan kemewahan, prestasi serta karakter peribadi.

Welcome Light Carpet turut dipertingkatkan dengan menampilkan animasi sapaan baharu apabila menghampiri kenderaan, manakala rim aloi ringan M bersaiz 23 inci dalam kemasan hitam berkilat (gaya Star-spoke 1096 M) menyerlahkan lagi kehadiran model ekspresif ini.

Di bahagian kabin, BMW XM Label boleh didapati dengan upholsteri kulit BMW Individual Merino eksklusif dalam pilihan warna Night Blue, Silverstone, Deep Lagoon atau Black.

Kusyen keselesaan yang kini ditawarkan sebagai ciri standard bagi semua pilihan upholsteri, menambah lagi suasana mewah dalam ruang M Lounge yang luas.

Sebagai sebahagian daripada penambahbaikan, AC Charging Plus kini ditawarkan sebagai ciri standard, meningkatkan keupayaan pengecasan AC kepada 11 kW (tiga fasa) untuk membolehkan bateri voltan tinggi dicas sepenuhnya dalam masa kurang daripada tiga jam.

Pada masa sama, casis yang dilaras semula meningkatkan respons terhadap permukaan jalan, manakala penebat akustik tambahan menyempurnakan lagi suasana kabin.

Relax. We Care.

BMW Group Malaysia membawakan makna baharu dalam pemilikan automotif premium menerusi keyakinan dan ketenangan fikiran yang tiada tandingan. Relax. We Care. adalah janji perkhidmatan untuk memberikan sokongan teguh dalam setiap situasi.

Penjagaan Proaktif BMW berfungsi dengan memantau keadaan kenderaan secara berterusan menggunakan data sensor masa nyata.

Sensor ini menjejaki pelbagai sistem dan komponen untuk mengesan potensi isu sebelum ia menjadi serius.

Apabila sistem mengenal pasti kemungkinan kerosakan atau keperluan penyelenggaraan, ia secara automatik menghantar notifikasi kepada pemilik melalui aplikasi My BMW atau sistem iDrive kenderaan.

Amaran awal ini membolehkan pemilik mengambil tindakan segera, sekali gus membantu mencegah kerosakan dan memastikan BMW sentiasa berada dalam keadaan optimum.

Selain itu, program Servis & Pembaikan Inklusif BMW memberikan ketenangan fikiran dengan jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun, serta perlindungan servis selama lima tahun atau 100,000 km.

Bagi Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), perlindungan servis dilanjutkan hingga enam tahun tanpa had perbatuan, manakalaa jaminan bateri voltan tingg adalah selama lapan tahun.

Menerusi Bantuan Tepi Jalan BMW, pemilik turut menerima sokongan kecemasan sepanjang masa termasuk perkhidmatan tunda, kenderaan ganti dan penginapan hotel sekiranya berlaku kecemasan yang tidak dijangka.

Kempen Kereta Baharu BMW menggabungkan keseluruhan pakej ini untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lancar dan tanpa kebimbangan dari hari pertama bagi membolehkan pelanggan kekal yakin, sentiasa terhubung dan dilindungi, walau apa jua keadaan.

Program Kewangan DinamikAll In. Simply Smart

BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang fleksibel dan mudah untuk BMW XM Label, memberikan pengalaman pemilikan premium yang lancar dengan Pembiayaan Straight-Line dan ansuran bulanan bermula dari RM18,415.00 (berdasarkan 80 peratus margin pembiayaan).

Pengalaman Pemilikan Premium Menyeluruh

Pemilik BMW XM Label juga akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang lengkap, termasuk:

  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kecemasan Kemalangan BMW
  • Servis Dalam Talian BMW

Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW XM Label adalah:

  • BMW XM Label
    Termasuk Servis & Pembaikan Inklusif BMW
  • RM 1,554,800.00
  • RM 1,650,500.00
  • Merangkumi Waranti Lanjutan Lima Tahun dan Pakej Servis..

Pelanggan boleh menghubungi pengedar sah BMW pilihan mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BMW XM Label atau layari http://www.bmw.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here