Valtteri Bottas dominasi GP Amerika Syarikat, Lewis Hamilton kunci gelaran juara dunia

1373

Dua pemandu Mercedes berjaya dalam Grand Prix Formula 1 Amerika Syarikat. Valtteri Bottas memenangi perlumbaan, manakala Lewis Hamilton kunci gelaran juara dunia 2019.

Dalam perlumbaan yang berlangsung di Circuit of the Americas (COTA), Austin, Bottas muncul juara setelah memimpin perlumbaan. Pelumba dari Finland itu kelihatan pantas sejak bermula dari kedudukan petak pertama.



Pada akhir perlumbaan, Bottas kekal di barisan hadapan. Pemandu berusia 30 tahun itu juga menang dengan catatan masa 1 jam 33 minit 55.63 saat.

Hamilton kemudian mengekorinya di tempat kedua. Memulakan perlumbaan dari kedudukan keempat, pelumba dari Britain itu menduduki tempat kedua dengan catatan masa hanya 4,148 saat lebih lewat dari Bottas.

Kedudukan kedua untuk perlumbaan itu sudah cukup untuk menjadikan Hamilton menguasai gelaran kejuaraan dunia di Formula 1 2019. Tambahan 18 mata akan menjadikannya matanya mustahil untuk disaingi oleh jumlah mata Bottas walaupun terdapat dua lagi edisi perlumbaan yaitu di Brazil dan Abu Dhabi.

Hamilton kini mengumpul 381 mata, manakala Bottas berada di tempat kedua dengan 314 mata. Membentuk jurang perbezaan mata yang besar yaitu 67 mata dan memastikan Lewis Hamilton kunci gelaran juara dunia.

Tempat ketiga dihuni oleh pelumba Red Bull Racing Honda, Max Verstappen. Kedudukan keempat dan kelima kemudian diduduki oleh pemandu Ferrari, Charles Leclerc dan Alexander Albon (Red Bull).

Berikut adalah keputusan penuh pelumbaan GP Amerika Syarikat 

  1. Valtteri Bottas Mercedes 56 1: 33: 55,653 25
  2.  Lewis Hamilton Mercedes 56 + 4,148s 18
  3.  Max Verstappen Red Bull Racing Honda 56 + 5,002s 15
  4. Charles Leclerc Ferrari 56 + 52.239s 13
  5.  Alexander Albon Red Bull Racing Honda 56 + 78,038s 10
  6. Daniel Ricciardo Renault 56 + 90,366s 8
  7.  Lando Norris McLaren Renault 56 + 90,764s 6
  8.  Carlos Sainz McLaren Renault 55 +1 lap 4
  9. Nico Hulkenberg Renault 55 +1 lap 2
  10.  Sergio Perez Racing Point BWT Mercedes 55 +1 lap 1
  11.  Kimi Räikkönen Alfa Romeo Racing Ferrari 55 +1 lap 0
  12.  Daniil Kvyat Scuderia Toro Rosso Honda 55 +1 lap 0
  13.  Lance Stroll Racing Point BWT Mercedes 55 +1 lap 0
  14.  Antonio Giovinazzi Alfa Romeo Racing Ferrari 55 +1 lap 0
  15.  Romain Grosjean Haas Ferrari 55 +1 lap 0
  16.  Pierre Gasly Scuderia Toro Rosso Honda 54 DNF 0
  17.  George Russell Williams Mercedes 54 +2 pusingan 0
  18.  Kevin Magnussen Haas Ferrari 52 DNF 0

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here