Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat

172

Kunjungan khas juara bertahan GP Formula 1 (F1), Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) mencuri perhatian pengguna media sosial.

Video singkat berdurasi tiga saat itu menunjukkan Lewis berada dalam kawasan sekolah berkenaan dan beramah mesra bersama salah seorang pelajar di sekolah tersebut.



Lewis berada di sekolah itu bagi program Jalinan Petronas Petrosains Bersama Lewis Hamilton sempena ulang tahun ke-50 Petronas.

Menerusi perkongsian akaun Facebook Petrosains – The Discovery Centre menyatakan  Lewis Hamilton turut beramah mesra dengan pelajar sekolah berkenaan dengan melakukan eksperimen sains bersama.

Juara F1 itu juga menggalakkan pelajar untuk menerima pembelajaran STEM sebagai laluan kepada peluang kerjaya yang menarik.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here