PKPB: Isuzu Malaysia percepatkan penghantaran kenderaan dengan SOP dan norma baharu

1279

Di saat kita memasuki fasa pemulihan pandemik Covid-19 dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Isuzu Malaysia komited untuk mempercepatkan penghantaran kenderaan yang dipesan sebelum PKP.

Syarikat itu telah menerima kira-kira 300 unit Isuzu D-MAX sebelum PKP pada Mac. Kini dengan Isuzu Malaysia telah kembali beroperasi, keutamaan diberikan dalam menyerahkan kenderaan kepada pelanggan.



“Walaupun pelanggan kami memahami kesulitan yang menyebabkan kelewatan ini, kami juga bersimpati kerana di saat yang sukar ini, pelanggan kami memerlukan kenderaan Isuzu kerana ianya tahan lasak dan sesuai menjadi penggerak mereka yang yang efisyen dan boleh diharap,” kata COO Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki.

Usaha telah dijalankan untuk memastikan kenderaan yang siap dipasang di kilang Isuzu di Pekan dipindahkan ke wakil-wakil pengedar seluruh negara. Kemudian, proses penyerahan baharu akan dijalankan sebagai norma baharu dalam memastikan semua pihak mematuhi garis panduan ditetapkan oleh kerajaan.

Antara protokol utama termasuklah pemeriksaan suhu setiap staf sebelum memulakan kerja setiap hari, mewajibkan pemakaian topeng muka, nyahkuman di kawasan-kawasan yang kerap disentuh, serta nyahkuman di setiap kenderaan selepas disentuh oleh manusia.

Langkah penjagaan ketat ini juga akan dilakukan untuk pelanggan di cawangan Isuzu seperti pemeriksaan suhu serta penggunaan topeng muka dan cecair pembersih tangan.

Selain itu, Isuzu Malaysia juga mengumumkan bahawa kenderaan Isuzu yang tamat jaminannya dalam tempoh PKP akan dilanjutkan 30 hari dari 13 Mei 2020. Jadi anda yang perlu menghantar servis mempunyai masa sehingga 12 Jun 2020 untuk berbuat demikian, tidak perlu terburu-buru.

Untuk menghantar servis kenderaan, pelanggan dinasihatkan membuat temujanji awal dengan wakil pusat servis Isuzu mereka. Ini kerana pusat servis di negeri berlainan mungkin beroperasi mengikut SOP berlainan seperti digariskan oleh kerajaan.

Untuk mengatur temujanji, layari https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here