Semua varian Double Cab Isuzu D-Max dilengkapi kamera undur sebagai ciri standard

503

Trak pikap Isuzu D-Max kini akan menjadi pilihan yang lebih selamat dan mudah memandangkan apabila semua barisan model Double Cab dilengkapi ciri kamera undur sebagai standard. 

Dengan penyertaan ciri ini, masuk ke ruang parkir tidak lagi sukar, terutama ketika membawa beban berat yang sentiasa menjadi kebolehan D-Max.



Sebelum ini, varian tertinggi seperti X-Terrain dan Premium hanya dipasangkan dengan ciri berkenaan sejak awal pengenalannya.

Kini, versi 1.9-liter Standard juga menerima kelengkapan yang sama untuk memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan lebih jaminan keselamatan dan bantuan ketika masuk ke ruang parkir.

Isuzu kini menjadi pengeluar pertama di Malaysia yang menyediakan kamera undur sebagai ciri standard untuk semua model Double Cab dalam barisan trak pikapnya. 

Kamera undur itu ditempatkan dengan kemas di sisi pemegang ruang barangan belakang dan memaparkan imej yang sangat jelas menerusi skrin sentuh tujuh-inci baru untuk infotainment dalam model 1.9-liter Standard ini. 

Head unit ini juga siap dengan sambungan Bluetooth, memudahkan capaian terhadap muzik dari telefon pintar.

Sebagai memenuhi keperluan peranti komunikasi peribadi, model 1.9-liter Standard kini juga dilengkapi dengan dua slot USB di depan — Type A dan Type C, setiap satu — untuk memudahkan lagi pengecasan peranti untuk penumpang.

Perbezaan luaran bagi model 1.9-liter Standard ialah pemegang pintu dan ruang barangan belakang dalam warna badan, yang sebelum ini dalam warna perak.

Model 1.9-liter Standard yang dipertingkat ini juga boleh didapati sama ada dengan transmisi manual atau automatik enam-kelajuan dengan harga yang hanya sedikit lebih mahal berbanding model sama sebelumnya: naik RM1,500. 

Harga jualannya bermula dari RM 105,599  atas jalan tidak termasuk insuran di Semenanjung. Untuk maklumat lanjut berkaitan Isuzu D-Max baru yang mengagumkan ini, layari pickuptruck.isuzu.net.my atau https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here