Kereta elektrik sebagai kenderaan rasmi kerajaan Indonesia bermula tahun hadapan

2383

Pemerintah Indonesia kini fokus kepada pembangunan kenderaan berasaskan elektrik seperti EV, hibrid dan PHEV. Hal ini dibuktikan dengan satu program yang diwujudkan iaitu Kendaraan Bermotor Listrik Berbasis Baterai (KBLBB).

kereta elektrik indonesia

“Kami akan memberikan insentif khas kepada pengeluar atau industri yang membangunkan KBLBB dan terus mendorong pembangunan infrastruktur.”



“Kami juga dalam proses mengganti kenderaan rasmi untuk menjadi KBLBB,” kata Plt. Wakil untuk Infrastruktur dan Pengangkutan Kementerian Koordinator untuk Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Ayodhia Kalake.

KLBB dirancang untuk menjadikan kereta elektrik sebagai kenderaaan rasmi kerajaan, sesebuah institusi, badan usahawan milik negara (BUMN), dan badan usahawan milik daerah (BUMD).

 

Dalam merealisasikan program ini, pemerintah Indonesia akan mengeluarkan surat edaran kepada institusi yang berkaitan bermula pada tahun 2021-2024.

Mengenai insentif untuk kereta elektrik, Ayodhia berkata sejumlah pemerintah daerah telah memberikan insentif untuk KBLBB, termasuk DKI Jakarta, Jawa Barat dan Bali.

“Salah satunya adalah DKI Jakarta yang telah mengecualikan bayaran untuk pemindahan nama kenderaan bermotor (BBNKB) untuk KBLBB,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here