Sultan Johor kurnia sumbangan peribadi kepada persatuan teksi dan kereta sewa India Johor

1507

Menerusi satu posting di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan peribadi kepada Persatuan Teksi dan Kereta Sewa India Johor.

sultan johor

Kurniaan sumbangan daripada Baginda Tuanku Sultan diterima oleh Pengerusi persatuan, R. Yogiswaran di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru pada semalam (23 November).



Yogiswaran melahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di atas kurniaan sumbangan kepada persatuan, yang akan digunakan untuk tujuan pembiayaan kos operasi serta kebajikan ahli-ahli.

Ketika artikel ini ditulis, posting tersebut telah mendapat 10k likes, 258 share, dan pelbagai komen dari warganet yang memuji tindakan murni tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here