JPJ: Kaunter beroperasi seperti biasa, keutamaan untuk GDL, PSV

1505

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjelaskan perkhidmatan kaunter beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

gambar hiasan

Jabatan itu dalam satu kenyataan semalam berkata, operasi kaunter dilaksanakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, perkhidmatan kaunter bagaimanapun memberi keutamaan kepada urusan berkaitan Kenderaan Perdagangan (GDL) dan Lesen Vokasional Kenderaan (PSV) sahaja.



Justeru, bagi urusan persendirian, Menteri Pengangkutan telah memberi pengecualian untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) dari 1 Februari hingga 31 Mac ini.

kaunter jpj

“Cetakan disk LKM adalah dikecualikan tetapi pemilik kenderaan perlu memastikan bahawa kenderaan mereka memiliki perlindungan insurans yang sah sepanjangtempoh pengecualian itu,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu bagi menjawab desakan yang meminta JPJ terus membuka kaunter untuk atasi kehabisan pelekat cukai jalan.

Jumaat lalu, Pengerusi Persatuan Wakil Takaful Am Muslim (PERWATAM), Hishamuddin Aziz meminta JPJ meneruskan operasi kaunter sama ada di pejabat pusat negeri mahupun di Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi memastikan isu kehabisan stok pelekat cukai jalan tidak berlaku sepanjang pelaksanaan PKP.

Ia kerana isu kehabisan stok pelekat cukai jalan menjejaskan wakil Takaful Am memperbaharui dokumen itu bagi pihak pelanggan mereka.

kaunter jpj

JPJ menjelaskan pemegang LKM persendirian dan CDL yang telah dan bakal tamat tempoh hendaklah memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 30 hari selepas tempoh pengecualian diberikan sehingga 30 April di mana-mana cawangan JPJ, Pos Malaysia, MyEG dan PUSPAKOM.

Namun, bagi mengelakkan berlaku kesesakan sepanjang tempoh PKP ini, pelanggan diminta melakukan urusan berkaitan JPJ secara dalam talian dan tidak terburu-buru mendapatkan dokumen fizikal di kaunter.

“Ini kerana kesesakan orang ramai di cawangan JPJ dikhuatiri boleh mencetuskan pandemik Covid-19,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

  1. ada yang saya tengok yang bawa kereta laju dengan main telefon bila potung langar kereta lain pastu rempuh giyebot

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here