Cara unik sindir pihak tertentu, wanita ini ‘posing’ di jalan rosak dan berlumpur

2380

Baru-baru ini gambar seorang wanita menarik perhatian warganet, dimana gambar tersebut memaparkan dirinya sedang posing di jalan raya yang rosak dan berlumpur.

wanita posing

Aksi pelik ini pada mulanya menimbulkan tanda tanya kepada warganet, namun tindakan wanita tersebut difahamkan memang disengajakan bagi menyindir pihak bertanggungjawab terhadap kerosakan jalan tersebut.



Jalan rosak dalam gambar-gambar tersebut difahamkan ialah jalan penghubung Kecamatan Tanjung Bintang dengan Jalan Dr Sutami, Indonesia.

wanita posingWanita tersebut yang dikenali sebagai Ummu Hani berkata, kerosakan jalan itu telah berlaku selama bertahun-tahun. Keadaan jalan raya yang rosak teruk dan berlubang itu sering kali menyebabkan kemalangan bagi pemandu kenderaan.

wanita posing

Gambar viral ini dimuat naik oleh akaun Instagram awreceh.id, dan ketika artikel ini ditulis, ianya telah mendapat 271k likes dan pelbagai komen dari warganet.

Namun, menurut maklumat yang beredar, gambar viral ini telah dipadam oleh Ummu Hani.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🅁🄴🄲🄴🄷 🅂🅀🅄🄰🄳 (@awreceh.id)

Bukan hanya itu, mesej yang tersirat dalam posting tersebut juga difahamkan sudah sampai ke pihak yang bertanggungjawab, dan kerja baik pulih akan segera dijalankan. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here