Tular, pemandu lori di India ini seorang gadis muda!

2484

Pemandu kenderaan berat, seperti bas dan trak biasanya terdiri dari kaum lelaki. Namun, kini kerja ini perlahan-lahan turut dilakukan oleh kaum wanita, terutamanya golongan anak muda.

kenderaan berat

Hal ini dilakukan oleh seorang gadis berusia 24 tahun dari Kerala, India. Gadis yang dikenali sebagai Delisha Davis menjadi pemandu trak tangki bahan api.



Delisha yang merupakan lulusan dari kolej MCom, berminat untuk memandu trak di usia muda. Setelah belajar mengendalikan motosikal dan kereta, Delisha mengakui dia mahukan sesuatu yang lebih mencabar.

kenderaan berat

Hal ini menyebabkan bapanya menyokong Delisha untuk menjadi pemandu kenderaan berat. Selain itu, bapanya juga merupakan seorang pemandu trak yang mempunyai pengalaman selama 42 tahun.

Kisah Delisha tular kerana seorang pegawai Jabatan Kenderaan Bermotor di India menahannya setelah menerima laporan bahawa seorang gadis menjadi pemandu kepada trak tangki bahan api. 

Pegawai tersebut bagaimanapun tekejut apabila Delisha menununjukkan lesen memandu miliknya dan beberapa dokumen lain, kerana dia tidak menyangka gadis itu memenuhi syarat untuk memandu kenderaan berat.

Delisha sebelum ini sudah mahir memandu sejak berusia 16 tahun. Namun, bapa gadis itu tidak membenarkannya memandu sehingga memperoleh lesen memandu pada usia 18 tahun, dan lesen memandu kenderaan berat pada usia 20 tahun.

Dia juga difahamkan telah menjadi pemandu kenderaan berat selama tiga tahun. Laluan yang biasa digunakannya ialah dari kilang Irumbanam, Kochi ke stesen minyak di Tirur, Malappuram.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here