Juruterbang ini dikenakan tindakan singgah beli kek aiskrim bukannya pendaratan cemas

1841

Seorang juruterbang helikopter didakwa atas tuduhan melakukan operasi berbahaya pesawat dan akan dihadapkan ke mahkamah bandar Melfort pada 7 September depan.

Kejadian yang berlaku di bandar Tisdale, Saskatchewan, Kanada itu disaksikan oleh Datuk Bandar Tisdale, Al Jellicoe dan lebih 3000 orang awam.



Disebabkan warna helikopter yang sama dengan ambulans udara wilayah berkenaan awalnya mereka menjangkakan helikopter itu melakukan pendaratan kecemasan. 

Namun, sebaliknya berlaku apabila lelaki berusia 34 tahun itu rupanya singgah ke kedai untuk membeli sekotak kek aiskrim sebelum memasuki semula helikopter.

“Saya rasa, mungkin lelaki itu lapar tetapi pada masa sama apa yang dilakukannya tidak wajar,” kata Datuk Bandar Tisdale, Al Jellicoe.

Pemandu helikopter berasal dari bandar Leroy itu didapati mempunyai lesen penerbangan, tetapi mendarat di tempat yang tidak sah dikelilingi sekolah, pusat perniagaan dan pusat akuatik adalah satu kesalahan.

Pihak polis juga mengesahkan pendaratan tersebut bukan tujuan kecemasan dan lelaki berkenaan ditahan untuk menjalankan siasatan lanjut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here