Tidak serasi dengan motor dan gagal bawa tajaan wang tunai, Hafizh Syahrin tinggalkan MotoGP

2018

Persoalan mengenai perjalanan karier pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya terlerai, apabila mengesahkan akan meninggalkan kejohanan dunia, MotoGP.

Hafizh yang dikenali dengan julukan ‘El Pescao’ itu akan menamatkan perlumbaan akhirnya bersama pasukan NTS RW Racing GP di GP Amerika Syarikat.



Dia dilihat bergelut untuk mendapatkan keputusan terbaik bersama pasukan NTS RW Racing GP dan menjadi salah satu sebab tidak meneruskan karier­nya pada perlumbaan Moto2 musim depan.

Hafizh mengakui kecewa dengan prestasi sendiri, kerana kurang keserasian dengan jentera dan masih gagal mencari cara untuk tingkatkan keupayaan jentera terutama di bahagian suspensi dan juga casis.

Selain itu, faktor membawa tajaan wang tunai kepada pasukan Eropah turut dikatakan menjadi pendorong kepadanya untuk tidak meneruskan karier­nya di pentas dunia itu.

Hafizh yang merupakan pendatang baharu Kejuaraan Dunia Moto2, hanya meraih lapan mata untuk berada di tangga ke-28 setakat musim ini.

“Saya harapkan peningkatan lebih baik pada musim ini tetapi­ mungkin bukan rezeki saya kerana­ perlumbaan 2021 juga sudah hampir ke penghujung. Dua tahun ini, saya ambil risiko yang sangat tinggi.

“Saya fikir ini mungkin ­tahun terakhir saya pada MotoGP sebab saya tidak boleh teruskan. Saya tahu ramai peminat mahu saya kekal berada dalam saingan MotoGP tetapi saya terpaksa fikir masa depan,” kata Hafiz.

BACA>>Hafiz Syahrin beri bayangan bersara?, bakal umum sesuatu bila tiba masanya

BACA>>Basikal Shiv TT milik Hafizh Syahrin untuk dijual, RM42,000 sahaja

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here