Polis pakai nombor plat ‘fancy’ & tiada cermin sisi tular di TikTok, dah kena saman!

4371

Semalam tular di TikTok apabila pengguna akaun @haikaliskandr memuatnaik sebuah video menunjukkan anggota polis menunggang motosikal tanpa cermin sisi dan menggunakan nombor plat ‘fancy’.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kira-kira jam 5.30 petang, pihaknya mengesan satu video tular di TikTok yang mendakwa terdapat seorang anggota polis melanggar peraturan.

Sumber Foto: Harian Metro

β€œMenerusi rakaman video berdurasi 21 saat itu, kelihatan seorang anggota ronda dari Balai Polis Ampang menunggang motosikal dengan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan dan tidak mempunyai cermin pandang belakang.



β€œSusulan itu, tindakan berlandaskan undang-undang telah diambil terhadap anggota tersebut dengan mengeluarkan dua saman trafik bagi kesalahan yang dilakukan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, pihak IPD Ampang Jaya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Bagaimanapun hasil tinjauan kami video berkenaan sudah tiada lagi di akaun TikTok lelaki tersebut bagaimanapun dikongsi oleh akaun TikTok @aruulwhuut yang mempertikaikan tindakannya menularkan perkara tersebut.

@arulwhuut

@haikaliskandr benda macam ni pun nak viral ii πŸ₯Ί #fyp #fypγ‚· #fypdong #fypdongggggggg #masukberanda

♬ bunyi asal – ROY LABU ✌🏻😎 – ROY LABU ✌🏻😎

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here