Tak bayar bil bahan api, dua kapal Genting Hong Kong dirampas

1385

Dua buah kapal Crystal Cruises yang beroperasi di bawah Genting Hong Kong Ltd dirampas di perairan Bahamas susulan kegegalan membayar hutang bahan api berjumlah AS4.6 juta (RM19.25 juta).

Crystal Symphony dan Crystal Serenity ditahan Jumaat lalu di Freeport, Bahamas, sebaik berlabuh di perairan berkenaan.



Hakim Florida mengeluarkan waran tangkap terhadap Crystal Symphony bulan lalu selepas pembekal bahan api Peninsula Petroleum Far East Pte Ltd memfailkan saman terhadap Crystal Cruises.

Menurut J Stephen Simms, peguam utama yang mewakili pembekal, pihak syarikat meminta penahanan kapal itu untuk melunaskan bil bahan api yang tidak dibayar sejak 2017.

Simms menjelaskan mashal Amerika Syarikat bersedia merampas kapal itu sekiranya ia berlabuh di negara berkenaan. Menurut kenyataan Crystal Cruises kepada Bloomberg News, pelayaran kedua-dua kapal tersebut berakhir bulan lalu dan pada masa ini tiada tetamu di atas kapal.

“Semua gaji anak kapal telah dibayar dan syarikat  memenuhi obligasi kontraknya kepada anak kapal,” menurut kenyataan yang dikeluarkan. 

Genting Hong Kong menjadi pengendali pelayaran terbesar di seluruh dunia untuk mendapatkan bantuan mahkamah bagi melindungi asetnya ketika pandemik apabila ia memfailkan kepada Mahkamah Agung Bermuda (18 Januari) untuk melantik pelikuidasi sementara selepas berusaha berunding dengan pemiutang dan pihak berkepentingan.

Syarikat itu melaporkan kerugian AS1.7 bilion (RM7.1 bilion) pada Mei kerana pandemik menjejaskan industri pelayaran sementara anak syarikat pembinaan kapal Jermannya, MV Werften sudah diisytihar muflis.

Menurut pemilik laman web, Jim Walker, Crystal Symphony melencong ke Bahamas dan bukannya menamatkan pelayarannya di Miami pada 22 Januari serta mengangkut penumpang ke Fort Lauderdale sehari kemudian.

Sementara itu, Dream Cruises Holding Ltd, unit tidak langsung bukan milik penuh Genting Hong Kong berkata, pihaknya akan terus mengendalikan kapalnya di rantau ini, katanya dalam satu kenyataan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here