“Kekangan kawasan, saiz papan tanda tambahan lebih kecil,” lebuhraya SUKE

1193

Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) mengesahkan papan tanda yang dipasang di sepanjang Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) mengikut piawaian yang ditetapkan.

Papan tanda berkenaan mendapat kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta dipasang pada gantri yang terletak di setiap 250 meter sebelum persimpangan bercabang.



Menurut Prolintas, sebagai inisiatif yang diambil pihak perunding dilantik dan syarikat, satu lagi papan tanda tambahan turut dipasang di tengah-tengah cabang simpang di atas papan tanda arah.

“Oleh sebab kekangan kawasan, saiz papan tanda tambahan yang digunakan adalah lebih kecil berbanding papan tanda sedia ada.

“Bagaimanapun, susulan maklum balas dan pandangan orang ramai di media sosial yang tular baru-baru ini, pihak syarikat memutuskan untuk mencabut papan tanda tambahan itu agar tidak mengelirukan pengguna lebuh raya,” katanya. 

Prolintas berkata, bahagian operasi Lebuhraya SUKE komited untuk terus menambah baik perkhidmatan disediakan dan sedang mereka bentuk papan tanda tambahan baharu yang lebih praktikal.

Sebelum ini tular satu video yang mana pengguna lebuhraya SUKE membuat aduan berkaitan papan tanda susur keluar lebuh raya itu terlalu kecil.

Menurut mereka, butiran pada papan tanda susur keluar itu hanya boleh ‘dibaca dengan jelas’ apabila pengguna sudah masuk ke dalam antara susur keluar di lorong kiri atau kanan lebuh raya tersebut.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh disampaikan terus kepada kami menerusi hotline 1-300-88-9922 atau boleh emelkan ke feedback.suke@prolintas.com.my

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here