Honda CBR250RR (2022) lebih berkuasa lancar di Indonesia, harga mula RM19k

895

PT Astra Honda Motor (AHM) memperkenalkan Honda CBR250RR baharu menerusi tawaran enjin lebih bertenaga.

Sportbike itu masih lagi mengekalkan Total Control sebagai DNA CBR Series yang merangkumi kelajuan, prestasi tinggi motor lumba dan ciri peralatan termaju.



Honda CBR250RR (2022) didatangkan dengan tiga pilihan varian di Indonesia: 

  • Standard: Rp62.9 juta (RM19,129)
  • SP: Rp75.2 juta (RM22,870)
  • SP Quick Shifter: Rp79.2 juta (RM24,087)

PILIHAN WARNA

CBR250RR SP didatangkan dengan pilihan warna Mystique Blue manakala SP Quick Shifter ditawarkan dalam warna Bravery Red Black, Honda Racing Red dan Tri Color.

Sementara itu, model Standard pula hadir dengan dua warna iaitu Black Freedom dan Mat Gunpowder Black Metallic. 

NAIKTARAF MEKANIKAL

Honda CBR250RR didatangkan dengan enjin 250cc 2-silinder DOHC dengan nisbah mampatan lebih tinggi bagi meningkatkan ruang pembakaran dan perubahan nisbah gear agar menambahbaik prestasi tunggangan.

Bagi varian Standard, nisbah mampatan enjin 11.1:5 menawarkan kuasa 38.7PS @ 12,500rpm dan tork 23.3Nm @ 11,000 rpm.

Sementara varian SP dan SP Quick Shifter didatangkan dengan nisbah mampatan enjin 12.5:1 yang menghasilkan kuasa 42ps @ 13,000rpm dan tork maksimum 25Nm @ 11,000rpm.

Berat badan yang ringan iaitu 166kg (STD) dan 168kg (SP|SP QS) memberikan kemudahan kepada penunggang untuk mengendalikan jentera.

Bahkan, motor ini hanya memerlukan 8.65 saat untuk mencapai jarak 200 meter dan mampu mencapai kelajuan maksimum 175kmj.

REKAAN AGRESIF

Penampilan CBR250RR kini tampil agresif dengan dimensi lebih lebar bertemakan Speedy Shape.

Karakter potongan tajam pada setiap lekukan badan menambah kesan agresif dan kelajuan acah motor lumba. Rekaan badan model terbaru ini turut menyumbang kepada agihan kemudahan pengendalian.

Sistem pencahayaan juga kini ditawarkan dengan ciri LED bagi melengkapkan penampilan baharu sportbike berkenaan. 

CIRI PERALATAN BAHARU

Kesemua varian CBR250RR kini didatangkan dengan SFF-Big Piston pada suspensi depan bagi memberikan kestabilan ketika tunggangan.  Sementara varian SP dan SP Quick Shifter didatangkan dengan lampu kecemasan. 

Tawaran Quick Shifter dengan empat mod pada varian tertinggi mengoptimumkan tukaran gear sehingga meminimumkan kehilangan kuasa ketika memecut dan tukaran gear tanpa klac.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di:https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here