“Tengah-tengah corner, besar ini aje signboard,” keluh pengguna lebuhraya SUKE

3310

Seorang pengguna TikTok @bob_yp meluahkan rasa tidak puas hati apabila pihak pengurusan meletakkan papan tanda susur keluar yang terlalu kecil.

Lebih mencuit hati, gara-gara tulisan pada papan yang kecil itu dia nyaris melanggar pembahagi jalan kerana terlalu fokus membaca papan tanda berkenaan.



“Corner-corner besar ini je signboard dia, kiwak betul kau tau tak signboard kiri kanan itu besar mana, ko tengok signboard tulisan besar mana, dia ingat semua orang ini pakai kanta pembesar ke apa.

“Tengah-tengah corner macam ni, kau keluar corner haaa besar ni je, adui ini semua punca..punca,” katanya.

Video yang mendapat lebih daripada 700,000 tontonan itu menunjukkan papan tanda bagi susur keluar menuju ke Ampang dan Hulu Langat.

Bagaimanapun, saiznya yang kecil menyukarkan pengguna membaca dari jarak jauh terutamanya buat pengguna pertama kali yang masih tidak biasa dengan jalan tersebut.

Perkongsian itu mengundang tawa daripada netizen. Seorang pengguna TikTok Nikovidnineteen turut bersetuju dengan aduan berkenaan.

“Betul bang, sayapun perasan terkejut gak ar. Belum lagi sampai exit Kajang, jangan terkejut. Tiba-tiba jadi kecil ada lampu trafik light terus jem,” tulisnya.

@bob_yp

Punyala kecik signboard #fyp #fypシ #fypシ゚viral #bobyp #teambobyp #fastthrottle #rltracing #mrsbobyp #runner #fypシ

♬ original sound – Bob Yp – Bob Yp

“Samala, masa lalu mula-mula petang semalam, dahla  sayapun pakai spec, terlajak la sikit, nasib tiada kereta belakang, cepat-cepat undur,” kongsi Maknya si ZaraAish.

Seorang pengguna TikTok Firdaus Aziz yang menggunakan leburaya SUKE berkenaan turut berkongsi pengalaman sama ketika menggunakan lebuhraya SUKE tersebut. 

Malah Liza Zara berkata gara-gara saiz papan tanda yang kecil dia pernah termasuk lorong yang salah sehingga perlu pusing jauh dan lebih menyakitkan hati perlu membayar tol sehingga tiga kali.

Sementara seorang lagi pengguna TikTok bersetuju dengan perkongsian berkenaan kerana dalam tempoh sebulan penggunaan percuma itu pihak pengurusan SUKE boleh menambahbaik perkhidmatan menerusi maklum balas daripada pengguna. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here