Polis Rusia tahan geng elit pamer kereta mewah, tidak sensitif kesusahan rakyat

1156

Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak stabil Vladimir Putin tidak peduli dengan rakyatnya yang kaya.

Puluhan orang kaya Rusia ditahan selepas mengadakan acara himpunan kenderaan eksotik di Moscow, Rusia dan lebih daripada 170 kenderaan disita.



Himpunan yang dianjurkan sekitar bulan Ogos itu melibatkan beberapa jenama kenderaan misalnya Porsche, Lamborghini, Ferrari, Bentley, BMW dan Rolls-Royces.

Ramai lelaki ditangkap dan tangan digari serta tujuh pemilik kenderaan dipenjarakan sehingga 15 hari.

Menurut polis, perhimpunan itu tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa dan melanggar peraturan yang melarang perhimpunan awam. 

Dalam usaha membanteras protes dan perbezaan pendapat politik berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, Putin melaksanakan dasar sifar toleransi bagi perhimpunan awam yang tidak dirancang secara khusus oleh kerajaan.

Menurut Putin, paparan awam tentang kekayaan melampau adalah tidak sesuai ketika negara berdepan zaman ekonomi yang sukar.

Tindakan keras secara tiba-tiba polis Moscow itu juga mengejutkan penganjur perhimpunan, Alexei Khitrov yang menjangkakan awalnya sekadar gurauan.

Jutawan kripto Rusia berusia 28 tahun itu menyatakan perhimpunan itu sebahagian daripada membina rangkaian golongan elit. Pameran kekayaan seperti itu tidak pernah menjadi isu sebelum ini. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here