Jangan lepaskan peluang pandu uji Mitsubishi Xpander hujung minggu ini..

686

Mitsubishi Motors Malaysia, pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi menganjurkan sesi pandu uji Mitsubishi XPANDER Venture Event kepada orang ramai.

Berikut maklumat program:



  • Tarikh : 14 hingga 15 Januari
  • Lokasi : Dataran Karnival, Perkarangan Shah Alam
  • Waktu :  10.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Masuk percuma 

Pada program tersebut pengunjung boleh memandu uji MPV kompak berkenaan melalui pelbagai laluan mencabar yang direka khas antaranya:

  • Devil’s Angle: Meredah laluan sukar dan takungan air bagi menguji jarak kelegaan tanah 205 mm.
  • Side Traverse: Menguji ketangkasan dan pengendalian Xpander
  • Log & Roll: Melalui pengalaman ujian suspensi dan keselesaan keseluruhan kabin 
  • Roller Conveyer: Menguji tahap keselamatan kawalan cengkaman di permukaan licin dan kasar
  • Agility Challenge: Peluang menguji tahap pengendalian Xpander yang menawarkan radius pusingan 5.2 meter di laluan sempit dan sukar.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang membawa pulang Nintendo Switch, jam tangan G-SHOCK dan jaket North Face bagi sesi cabutan bertuah.

TAWARAN LAIN

Pelanggan Mitsubishi yang menempah trak pikap Triton atau Xpander berpeluang  membawa pulang tumbler Stanley 8oz.

Di samping itu, pelanggan yang menempah dan mendaftarkan Xpander boleh memilih kadar ansuran bulanan serendah RM798 atau kadar faedah rendah 2.38 peratus yang hanya sah bagi pinjaman di Maybank atau Public Bank

Pelanggan juga boleh memilih program tukar kereta khas yang menawarkan bantuan RM2,000 untuk menukar kenderaan sedia ada kepada sebuah XPANDER baharu, sah sehingga 31 Mac 2023 dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Selepas ini, acara Xpander Venture ini akan menerjah ke dua negeri berikut:

  • 4-5 Februari 2023: Toppen Mall Outdoor Carpark (Johor)
  • 4-5 Mac 2023: Kompleks Sukan Likas (Sabah)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here