Rempuh Porsche 911 GT3 dalam pusat pameran, pemandu Mitsubishi Xpander perlu bayar pampasan RM1.7 juta

4599

Insiden Mitsubishi Xpander merempuh pusat pameran Porsche lalu merosakkan sebuah 911 GT3 tular di media sosial negara jiran. 

Kecelakaan yang berlaku di Pantai Indah Kapuk, Indonesia itu menunjukkan cermin pusat pameran pecah dan roboh manakala bahagian hud depan kereta sport tersebut remuk.



Dipercayai pemandu MPV tersebut mabuk ketika kejadian Rabu lalu berkenaan. Menurut Ketua Polis Daerah Teliknaga, AKP Wahyu Hidayat insiden itu berlaku sekitar jam 11 pagi di pusat jualan Ivan’s Motor.

“Pemandu Xpander yang dikenali sebagai JS melanggar bahagian depan pusat pameran akibatnya panel besi kaca pecah.

“Kemudian pemandu langsung dikeluarkan petugas keselamatan setempat dan didapati dalam keadaan mabuk,” katanya. 

Hasil siasatan, pemandu yang berusia 42 tahun itu meneguk minuman keras dari rumahnya di sekitar pusat jualan itu sejak awal pagi. 

Ketika melalui jalan di depan pusat jualan itu, pemandu hilang kawalan sebelum menghentam salah satu kereta dalam pusat pameran.

Bagaimanapun, pihak pusat jualan dikhabarkan menolak berdamai dan ingin membawa kes ke proses perundangan.

Kerugian yang dialami dianggarkan mencecah Rp5.7 bilion (RM1.7 juta), melibatkan kerosakkan pameran dan kereta sport. 

Menurut polis, suspek dibawa ke balai polis selepas kejadian dan dia dikatakan sedia untuk membayar ganti rugi.

“Suspek menyatakan seorang usahawan,  bekerja sendiri. Dia berkata sedia bayar pampasan,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here