Potong pokok sekitar pusat jualan, 13 pekerja BigMotor Jepun didakwa

179

Susulan kerosakkan pokok di tepi jalan awam, seramai 13 individu yang memiliki kaitan dengan rangkaian wakil jualan kenderaan terpakai, Bigmotor.Co termasuk bekas naib presiden didakwa. 

Mantan Timbalan Presiden berusia 35 tahun dan yang lain disyaki membersihkan pokok di sekitar empat pengedar Bigmotor di ibu negara antara Februari 2021 dan Julai 2023 dengan menebangnya atau menyembur racun herba, kata sumber. 



Pokok tersebut ditanam sepanjang jalan awam yang diuruskan oleh kerajaan metropolitan Tokyo. 

Mantan Timbalan Presiden terlibat dalam vandalisme sekitar Bigmotor di Tama, barat Tokyo yang mana kira-kira 20 pokok dogwood Asia ditebang, kata sumber itu.

Pada September, Jabatan Polis Metropolitan Tokyo (MPD) menggeledah ibu pejabat Bigmotor serta sembilan pengedar di ibu negara termasuk pusat jualan Tama dan rumah bekas Timbalan Presiden pada Disember yang mana disyaki memusnahkan harta benda.

MPD juga menerima aduan yang difailkan kerajaan metropolitan Tokyo pada Januari mengenai kerosakan di sekitar tujuh pengedar Bigmotor di ibu negara, termasuk wakil jualan di Tama.

Dalam perkembangan berkaitan, polis wilayah Kanagawa menahan pekerja Bigmotor berusia 51 tahun pada Januari kerana disyaki menebang pokok di tepi jalan sekitar Kawasaki pada 2022 dengan mengarahkan pengurus dan pekerja pusat jualan tersebut. 

BigMotor Tama

Suspek, yang ditugaskan untuk promosi penambahbaikan alam sekitar akan melawat pengedar Bigmotor untuk memeriksa kebersihan di dalam dan sekitar kedai, kata polis.

Pengurus dan pekerja di kedai Kawasaki itu mengikut arahannya untuk menebang pokok kerana takut diturunkan pangkat atau diturunkan ke jawatan yang lebih rendah. 

Menurut MPD, polis di Tokyo dan 19 wilayah menerima sejumlah 51 laporan kerosakan daripada majlis perbandaran dan pihak lain mengenai pokok tepi jalan di sekitar pengedar Bigmotor setakat 30 Januari.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here