
Lebih daripada separuh kereta terpakai yang dijual di negara ini berkemungkinan menyembunyikan perbatuan sebenar menggunakan taktik licik dengan mengubah meter.ย
Pempengaruh automotif, “Bro Wong” berkata sekurang-kurangnya 70 peratus daripada peniaga kereta terpakai memanipulasi odometer dengan mengubah perbatuan untuk menutup kerosakan lama dan menarik pembeli dengan tawaran palsu yang boleh merugikan mereka di kemudian hari.
Beliau menjelaskan walaupun kereta lama agak jarang merekodkan perbatuan lebih dari 100,000km, ini kerana taktik sedemikian yang digunakan secara meluas.ย

Bro Wong, yang mengendalikan sebuah kedai kereta terpakai di Johor baru-baru ini mendedahkan amalan tidak jujur ini dalam sebuah video yang menyatakan segelintir mekanik menggunakan peranti komputer khas untuk memanipulasi odometer, dengan bayaran antara RM50 hingga ribuan ringgit (bergantung pada kenderaan).
Kejadian sedemikian berlaku kerana adanya pembeli yang mengutamakan kenderaan dengan perbatuan lebih rendah dengan tanggapan salah yang mana ia mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
Ini adalah antara penyumbang kepada tindakan penjual mengambil jalan pintas dengan memanipulasi odometer.
“Keuntungan yang lebih tinggi dan mudah dijual adalah sebab mengapa odometer dimanipulasi.
“Sebuah kereta perbatuan rendah yang tulen tidak semestinya dalam keadaan baik, tetapi kebanyakan pembeli secara amnya mengelak daripada membeli kenderaan yang telah mencecah perbatuan melebihi 100,000km.
“Peniaga membeli kereta perbatuan tinggi dengan harga murah, kemudian mengurangkan perbatuan sehingga dua pertiga atau lebih untuk menggandakan keuntungan. Di laman e-dagang, anda hampir tidak akan melihat iklan kereta terpakai yang melebihi 100,000km,” kongsinya.
Tambah beliau sesetengah peniaga memperoleh lebih RM40,000 dengan ‘menghidupkan semula’ kenderaan yang telah diklasifikasikan sebagai tidak ekonomikal untuk dibaiki (beyond economical repair atau BER) atau total loss. Kenderaan ini dibeli pada harga yang sangat rendah dan dibina semula.
Menurutnya, mengesan kereta dengan perbatuan tinggi yang telah diubah adalah sukar bagi mata yang tidak terlatih, kerana penjual yang tidak beretika sering melakukan pengubahsuaian besar-besaran pada kereta usang menerusi cat baharu, kit badan, dan aksesori elektronik untuk menarik pembeli.
“Pengubahsuaian dan pembaikan dilakukan dengan begitu teliti sehingga peniaga seperti saya pun boleh terlepas pandang kekurangannya.
“Pembeli muda terutamanya sangat terdedah kerana mereka lebih mengutamakan rupa daripada prestasi. Mereka akhirnya akan menanggung kerugian apabila kereta mula rosak,” katanya.
HAMPIR LIMA PEMBELI DITIPU SEBULAN
Setelah berkecimpung dalam perniagaan ini selama lebih dua dekad, Bro Wong berkata beliau merancang untuk meninggalkan perniagaan jualan kereta terpakai sepenuhnya.
“Saya ingin berhenti dan sebaliknya membantu orang ramai dengan nasihat dan panduan tentang cara membeli kereta terpakai dengan selamat tanpa ditipu melalui video dalam talian saya,” ujarnya.
Sekurang-kurangnya lima pembeli yang ditipu menghubungi beliau setiap bulan untuk mendapatkan nasihat.
Seorang mekanik kereta, yang hanya mahu dikenali sebagai Ng berkata beliau sering melihat banyak kereta usang dibawa ke bengkel hanya beberapa minggu selepas pembelian.
“Ada kereta yang bahagiannya sudah sangat haus dan hanya โditampalโ serta disembunyikan untuk bertahan beberapa minggu sebelum rosak. Ia boleh menjadi sangat mengecewakan bagi saya apabila saya membaiki satu kerosakan, dan kerosakan lain pula berlaku beberapa hari kemudian,” katanya.
Ng bersetuju bahawa kerosakan sukar dikesan di pusat jualan kereta, tetapi tanda-tanda termasuk enjin yang sukar dihidupkan, bunyi ketukan pada enjin, masa melahu yang tidak stabil, dan asap putih tebal keluar dari ekzos.
ARTIKEL LAIN