
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengumumkan pembukaan pendaftaran bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI), SIS bermula 15 sehingga 19 Ogos (Selasa).
Nombor pendaftaran SIS membawa maksud “Sultan Idris Shah” yang juga merupakan Sultan Selangor Ke-9 serta meraikan sambutan Jubli Perak pemerintahan D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena 25 tahun.
Bagi anda yang berminat boleh membuat bidaan menerusi talianย JPJebid dan keputusan akan diumumkan pada 20 Ogos (Rabu).
NPI SIS akan mula dibuka untuk bidaan kepada orang awam seperti berikut :
Tarikh buka: 15 Ogos 2025 (Jumaat)
Tarikh tutup: 19 Ogos 2025 (Selasa – 10.00 malam)
Tarikh keputusan: 20 Ogos 2025 (Rabu)
Nombor pendaftaran yang berjaya dibida mestilah didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.ย