Risau vandalisme, bos Amazon tak jadi minta buka jambatan berusia 100 tahun….

906

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila orang terkaya kedua dunia membuat permintaan terhadap kerajaan Rotterdam bagi membuka sebuah jambatan bersejarah agar kapal layar meganya dapat menuju ke laut lepas.

Tindakan itu mengundang kemarahan penduduk setempat. Terkini dikhabarkan pengeluar kapal yang membina kapal layar mega Jeff Bezos itu membatalkan permintaan pembukaan jambatan Koningshavenbrug tersebut.

Jambatan Koningshaven

Oceanco, pembina kapal layar itu memaklumkan bandar Rotterdam bahawa tidak akan memohon permit untuk mengalihkan bahagian tengah jambatan yang dikenali sebagai De Hef oleh penduduk lokal.



Menurut surat yang ditulis oleh pegawai bandar itu menjelaskan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan permohonan permit pada masa depan namun buat masa ini Oceanco tidak akan meneruskan pelan berkenaan. 

Ini susulan bantahan awam yang dilakukan awal tahun ini sehingga pihak syarikat membatalkan perancangan tersebut. 

“Hasil daripada laporan itu, pekerja limbungan kapal berasa terancam dan syarikat takut vandalisme,” lapor akhbar Trouw. 

Buat masa ini masih belum diketahui bagaimana kapal layar bos Amazon itu ingin berlayar ke laut lepas kerana kapal layar sepanjang 417 kaki itu tidak dapat melepasi jambatan berkenaan kerana terlalu tinggi. 

Walaupun begitu,  Trouw melaporkan bahawa Oceanco boleh memilih untuk menyelesaikannya di limbungan kapal yang lebih dekat dengan laut.

Kapal layar Bezo bernilai AS500 juta (RM2.09 bilion) yang dibina oleh firma pembuat kapal Oceanco di Alblasserdam, Netherlands meminta bahagian tengah jambatan keluli itu dialihkan bagi memberi ruang kepada kapal tersebut dan akan menanggung kos itu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here