Nissan Motor sasar servis pemanduan autonomi menjelang 2027, ganti pemandu teksi

73

Nissan Motor menyasarkan perkhidmatan pemanduan tanpa pemandu berskala kecil di Jepun dalam tempoh kira-kira tiga tahun bagi menggantikan bilangan pemandu teksi yang semakin berkurangan.

Nissan berharap untuk mula menawarkan perkhidmatan pemanduan autonomi Tahap 4 di tiga atau empat majlis perbandaran di Jepun termasuk di kawasan luar bandar menjelang tahun kewangan bermula April 2027.



Menjelang program itu, Nissan akan menjalankan percubaan di bandar Yokohama kedua terbesar di Jepun menggunakan 20 van mini Serena yang diubahsuai. 

Pesaingnya termasuk Honda Motor, Nippon Telegraph and Telephone serta Toyota Motor meningkatkan minat dalam perkhidmatan tanpa pemandu dengan membangunkan teknologi itu di tengah-tengah penuaan pesat penduduk Jepun.

Pada Oktober, Honda menyatakan akan menubuhkan usaha sama dengan General Motors dan unit robotaxi Cruise pada separuh pertama 2024 yang mana merancang untuk memulakan servis pemanduan autonomi di Jepun pada awal 2026.

Beberapa hari selepas pengumuman itu, Cruise menggantung operasinya di Amerika susulan kemalangan di San Francisco yang mana salah satu keretanya mengheret pejalan kaki yang dilanggar kereta lain.

Nissan akan menjalankan percubaan awalnya di Yokohama pada autonomi Tahap 2 dan kenderaan itu akan mempunyai pemandu keselamatan di dalamnya, kata Naib Presiden Korporat Nissan Research and Advanced Engineering, Kazuhiro Doi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here