IIHS: Kereta dengan pemanduan autonomi tidak selamat seperti yang anda fikirkan

1279

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Insurance Institute for Highway Safety (IIHS), para pemandu dan penumpang tidak boleh terlalu optimis dan berharap kepada teknologi yang boleh mengurangkan kadar kemalangan terutama terhadap kereta pemanduan automatik (autonomi).

 pemanduan autonomi

Analisis yang dibuat oleh IIHS menunjukkan bahawa 9 daripada 10 kes kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kesalahan dan kecuaian pemandu. Daripada jumlah tersebut, kenderaan dengan pemanduan autonomi hanya boleh mengelakkan satu per tiga dari jumlah kemalangan tersebut.



“Ada kemungkinan kenderaan autonomi dapat mengenal pasti bahaya lebih baik dari manusia, tetapi kami mendapati ianya tidak akan mencegah sebahagian besar kemalangan,” kata Jessica Cicchino, naib presiden IIHS.

Sebahagian daripada kajian ini, sebanyak 5,000 kes kemalangan yang telah dilaporkan kepada pihak berkuasa telah dikaji. Kecuaian pemandu yang menyebabkan kemalangan dibahagikan kepada beberapa kategori seperti “pelaksanaan dan prestasi”, “ketidakupayaan”, dan “merasakan dan memahami”.

Para penyelidik membayangkan kejadian yang sama, yang menyebabkan kemalangan tersebut, tetapi ianya berlaku tanpa pemandu dan menggunakan kaedah autonomi untuk menyiasat kemungkinan yang akan berlaku.

Kesimpulannya, kenderaan autonomi sepenuhnya perlu diprogram secara secara unik untuk mengelakkan beberapa kesilapan membuat keputusan dan meramalkan kesilapan yang akan dibuat oleh pemandu.

Oleh itu, kenderaan autonomi akan mengutamakan kemudahan dan kepantasan, bukan tindakan mengelak yang diperlukan untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here