Mawi dedah keadaan terkini Suzuki Swift yang dimenanginya 15 tahun dahulu

7817

Juara rancangan realiti Akedemi Fantasia musim ketiga, Mawi mengatakan bahawa dia tidak akan sesekali menjual Suzuki Swift yang dimenanginya ketika muncul juara dalam rancangan realiti itu pada 2005.

Suzuki swift mawi

Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani, 37, berkata Suzuki Swift itu banyak meninggalkan kenangan dan akan terus dijaganya selagi hayat dikandung badan.



Difahamkan, meskipun ada yang mahu membeli dengan tawaran harga lumayan, beliau tidak berhasrat untuk melepaskan kenderaan itu kepada orang lain.

“Kereta itu masih baik, malah sudah bertukar wajah apabila diberi cat baharu iaitu hijau. Ramai yang bertanya mengenai kereta itu, cuma saya belum berkesempatan untuk mengambil gambar terbaru.

“Kereta itu banyak berjasa kepada saya. Sukar untuk saya luahkan betapa ia terlalu bermakna, apatah lagi kereta itu diterima hasil kerja keras peminat untuk melihat saya muncul juara AF3.

“Saya sangat menyayangi kereta itu dan insya-Allah, ia akan bersama saya sehingga akhir hayat. Tiada langsung dalam perancangan untuk menjualnya,” katanya.

Menurut Mawi, walaupun sudah menjangkau hampir 14 tahun, kereta itu tidak memberikan banyak masalah, malah dia masih menggunakannya untuk urusan harian.

Suzuki Swift ini merupakan model generasi kedua yang mula diperkenalkan di Paris Motor Show pada 2004 dan mula dipasarkan pada 2005. Ianya boleh didapati dengan pilihan enjin 1.3-liter dan 1.5-liter, yang mampu menghasilkan antara 91hp hingga 101hp.

Namun pada ketika ini, nama kereta Suzuki hanya tinggal kenangan apabila semua pusat pengedarnya ditutup beberapa tahun lalu. 

“Buat masa ini, kereta Suzuki kira ‘rare’ jugak la kan!, sebabnya dah hampir nak pupus”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here