Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan, rentas negeri dibenarkan bermula 10 Jun

1739

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan berita baik kepada masyarakat Malaysia dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Katanya, banyak kelonggaran diberikan untuk menjalani kehidupan seharian dan bermula 10 Jun, perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung pada hari ini.



Dalam tempoh PKPP ini, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP.

Antaranya perkhidmatan yang dibenarkan ialah:

  1. Perkhidmatan gunting rambut
  2. Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck, dan gerai makan.
  3. Aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan.
  4. Lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem.
  5. Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.
  6. Beberapa jenis sukan dan rekreasi akan dibuka semula dengan pematuhan kepada SOP. Ini termasuk latihan persediaan pasukan permainan sukan, aktiviti sukan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain. Aktiviti berkumpulan di luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal juga dibenarkan.
  7. Aktiviti pelancongan domestik.

Bagaimanapun, jika berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 dalam tempoh ini. Kerajaan tidak teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan atau lokasi yang berkenaan.

Dalam ucapan itu, Muhyiddin turut menyeru supaya masyarakat sentiasa berdisplin supaya peningkatan kes Covid-19 dapat dielakkan. 

Ingat ya, #kitajagakita.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here