Konvoi motosikal dah boleh ni, nak pergi mana hujung minggu depan?

4260

Berita baik untuk kaki motosikal kapcai, skuter dan berkuasa tinggi, kerana anda kini sudah boleh melepaskan gian berkonvoi bermula 10 Jun ini. Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebentar tadi.

pkpp

Sejak pertengahan bulan Mac yang lalu, aktiviti konvoi dilarang sama sekali kerana bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.



Kelonggaran yang diberikan itu ternyata cukup bermakna buat kaki konvoi, kerana mungkin sudah lama motosikal mereka tersadai di rumah masing-masing.

Aktiviti konvoi bermotosikal boleh dilakukan setelah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat pada Selasa ini. 

Kerajaan akan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here