“Cat tidak rata macam sisik ikan, kali kedua air radiator pula kering,” pemilik kecewa servis pusat jualan Proton

655

Seorang pemilik Proton meluahkan rasa kecewa apabila mendapati air radiator dan wiper kering selepas dihantar baikpulih di salah sebuah pusat jualan jenama tersebut.

Pemilik Proton Exora yang menggunakan akaun Tiktok muammar shahmir berkongsi terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan bahagian depan, belakang serta kiri dan kanan kenderaan rosak.



“Kemalangan rosak depan, belakang dan kiri perlukan kerja baik pulih badan dan cat serta pemeriksaan kenderaan.

“Jangkakan lepas ambil kereta dalam keadaan baik dan sempurna. Tak minta 100 percent sempurna macam baru, cuma mintak selamat dibawa dalam keadaan memuaskan hati.

“Nilai yang dia claim agak besar dalam RM7k, jika dinilai mata kasar, beli parts sendiri mungkin lebih rendah, tapi kita faham berniaga, tiada masalah, OKje,” jelasnya.

@muammarshahmir KEB AUTO SDN BHD. Proton claim insurance panel. hati2 kalau towing bawak masuk bengkel ni. elakkan!!! ni belum cerita kerosakan lain yg dorg taknak repair sbb dorg ckp insurance adjuster taknak byr. #kebautottdikajang #kajang #selangor #proton #insuranceclaim #abgtesla ♬ original sound – muammar shahmir

Muammar memberitahu tidak berpuas hati dengan kerja baik pulih bahagian servis wakil jualan Proton berkenaan. 

“Kali pertama call suruh datang ambil kereta, bila sampai kereta tak dibasuh dalam keadaan cat kereta yang teruk dan tak polish. Permukaan cat kasar (sisik ikan) tak rata.

“Kita tahu perlu dipolish. Saya tinggalkan kereta, lama takpa janji siap dalam keadaan baik. Selepas seminggu, kali kedua datang..kereta dalam keadaan lagi teruk.

“Nak startpun tak boleh bateri dah out, nak buka pintu pun tak dapat kena buka manual. Bila buka bonet tengok air takda, kering..bateri kong, cap radiator hilang,” katanya. 

 

@muammarshahmir Replying to @mrmex_napi #tiktokmalaysia #insuranceclaim #kajang #proton #kebautottdikajang #claim #insurance #carclaim ♬ original sound – muammar shahmir

Jelasnya, lebih kecewa, pusat servis memberi alasan tidak mengetahui punca air tersebut kering.

“Insurans akan bayar NCD akan kosong tiada masalah, asalkan kereta dalam baik, sempurna dan cemerlang,” ujarnya.

Bagaimanapun, Muammar memberitahu tidak ingin memanjangkan isu tersebut ke tribunal tuntutan pengguna dan ibu pejabat Proton. 

“Tak best satu perkataan maaf pun tiada, bila ada isu libatkan kerja..kita pelanggan tidak puas hati atau komplen, kita akan minta maaf dengan kata maaf boleh redakan masalah.

“Kenapa saya tak nak report pada tribunal atau Proton HQ cukuplah selesaikan antara bengkel dan saya tak nak perbesarkan masalah ini..walaupun benda ini kesilapan diaorang dan mungkin ada kesilapan saya juga tapi saya rasa cukup selesaikan antara kita.

“Mungkin diaorang akan improve dan supaya masalah saya ni tak jadi pada orang lain,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here