Pinjaman atas nama adik ipar, lepas bercerai keluarga mantan ambil Mitsubishi Xpander

11672

Sudah jatuh ditimpa tangga, seorang wanita berkongsi selepas berpisah dengan suami kenderaan yang dibelinya menggunakan pinjaman atas nama adik ipar diambil keluarga mantannya.

Pengguna Facebook Zura Putra itu menjelaskan keluarga bekas suaminya datang bersama pihak polis bagi mengambil Mitsubishi Xpander berwarna putih berkenaan.



Mereka ingin mengambil kereta tersebut untuk dijual dan hasilnya akan diberikan kepada wanita tersebut.

“Laku berapa ribupun, kena terima. Dengan sesenpon tiada nak dahulukan duit,” tulisnya.

Dia menjelaskan urusan pinjaman sewa beli MPV tersebut menggunakan nama adik iparnya, namun bayaran deposit sebanyak RM15,000 dan bulanan sepenuhnya dikeluarkan oleh wanita berkenaan.

Berdasarkan persetujuan lisan antara kedua-dua pihak selepas dua tahun barulah mereka akan menukar nama hak milik kenderaan tersebut.

Zura memberitahu namanya tersenarai di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang membuatkan dirinya tidak layak memohon pinjaman bank.

“Aku mampu bayar, demi keselesaan anak-anak, cuma namaje blacklist tak boleh guna nama sendiri buat loan.

“Dan family belah sana jugak yang setuju bagi guna nama bekas adik ipar, aku tak pernah mintak dan paksa, diaorang rela hati dan aku keluarkan duit sendiri,” katanya. 

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan kereta diterima jodohnya tidak panjang bersama suami dan mereka berpisah.  

“Tetapi bekas adik ipar cakap, bercerai tu antara aku dan abang dia tiada kaitan dengan kereta, so jangan bimbang,” jelasnya.
 
Namun, lain pula yang berlaku apabila keluarga bekas suami mula bertanyakan urusan pindah milik nama kenderaan walaupun perjanjian awal diberi tempoh dua tahun.
 

“Demi nak jaga hubungan juga, aku jaga payment on time setiap bulan. Aku tak nak nama org lain blacklist sebab aku. Fikir logikla, aku dah habis lebih dari 30k kat kete tu, bodohla aku kalau tiba-tiba buat hal tak nak bayar,” tulisnya. 
 
“Last, plan baru nanti suami baru habis kursus, guna nama suami baruje untuk tukar nama, tunggu payslip cantik, ambil masa kurang-kurang enam bulan. Kalau tak berjaya juga, baru kita proceed jual kete ni,” tambahnya.
 
Namun, rancangan tersebut tergendala kerana kenderaan sudah diambil keluarga mantannya. Zura juga mengakui kesilapannya tidak membuat perjanjian secara hitam putih.
__________________________________________________________________

HAK MUTLAK PEMILIK

Situasi yang dihadapi wanita ini sama seperti mengambil kenderaan sambung bayar kerana pemilik tidak layak membuat pinjaman.
 
Dalam tempoh dua tahun (berdasarkan situasi di atas), selagi tidak melakukan pindah milik kenderaan, segala yang berlaku adalah atas tanggungjawab bekas adik ipar wanita tersebut.
 

Walaupun ada perjanjian antara wanita itu dan pemilik kenderaan asal, adakah ia sah dari segi undang-undang?. Ya, kedua-dua pihak boleh buat surat perjanjian dan ada juga membuat stamping.

Tetapi perlu tahu, pemilik asal memiliki kuasa mutlak ke atas kenderaannya selagi nama pemilik tidak ditukar. Bila-bila masa dia boleh mengambil semula kenderaan dan perlu diserahkan semula.  

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 
 
 
 

 

 

 

1 KOMEN

  1. Sya pernah nak report polis pasal kerera sya yg dijual atas sambung byr tidak dibayar oleh pemilik baru. Polis ckp xde undang2 utk mereka tarik kereta tersebut. Jika sya rampas kere tersebut dlm rmh dia sendiri, sya akan kena tindakan menceroboh pula. Akhirnya setelah kereta itu rosak teruk baru dipulangkan kpd sya. Sedih…. sgt2….

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here