
Ada sebab mengapa nama Triton sentiasa disebut apabila bercakap tentang pikap Jepun atau secara amnya pikap untuk kegunaan kerja dan aktiviti harian.
Ia bukan model baharu yang muncul tanpa sejarah. Triton hari ini ialah hasil lebih empat dekad pengalaman Mitsubishi membangunkan pikap yang tahan lasak.
Semuanya bermula pada tahun 1978 melalui model Forte atau L200 yang menyumbang kepada reputasi global Mitsubishi dalam dunia kerja, pengangkutan berat dan prestasi off road.
Triton generasi baharu ini pula datang dengan pakej lebih menarik untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan.
Ia menggabungkan kekuatan warisan L200 dengan reka bentuk dan teknologi terkini, sambil membawa nilai jenama Jepun yang dipercayai rakyat Malaysia sejak dahulu.
1. Evolusi Lebih Empat Dekad yang Terbukti
Sepanjang 45 tahun sejarahnya, lebih 5.7 juta unit Triton telah terjual di seluruh dunia dan digunakan dalam pelbagai keadaan ekstrem bermula daripada sektor industri berat hingga ke ekspedisi mencabar.
Generasi terbaharu ini meneruskan DNA tersebut dengan membawakan reka bentuk yang lebih menyerlah serta rangka yang jauh lebih teguh bagi memastikan ia kekal relevan sebagai jentera kerja dan aktiviti harian.
2. Penarafan Keselamatan Lima Bintang ASEAN NCAP
Keselamatan Triton dibina sebagai kejuruteraan teras. Melalui ujian pelanggaran ASEAN NCAP 2024, Triton memperolehi penarafan lima bintang dengan skor cemerlang terutama pada bahagian impak sisi yang mendapat markah penuh.
Kekuatan sisi dan tiang terbukti mampu menyerap tenaga rempuhan dengan berkesan bagi melindungi semua penumpang di dalam kabin.
3. Kelengkapan Keselamatan Aktif MMSS
Sistem keselamatan pintar yang dikenali sebagai Mitsubishi Motors Safety System bertindak sebagai mata kedua buat pemandu bagi mengurangkan risiko pelanggaran.
Bagi varian tertinggi seperti Athlete, ia dilengkapi teknologi Forward Collision Mitigation serta Adaptive Cruise Control yang menjaga jarak selamat secara automatik.
Malah, ciri penting seperti amaran titik buta dan amaran trafik belakang turut disediakan bagi memudahkan urusan pemanduan harian anda.
4. Reka Bentuk Beast Mode yang Diiktiraf Industri
Reka bentuk Triton yang kelihatan sasa telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa termasuk iF Design Award 2024 di Jerman.
Falsafah rekaan Beast Mode ini menggabungkan ketangkasan dengan wajah Dynamic Shield yang memberikan imej lasak dan bergaya di atas jalan raya.
5. Keselesaan Dalaman Berkonsepkan Horizontal Axis
Bahagian dalaman Triton menerapkan konsep Horizontal Axis pada papan pemuka yang memudahkan pemandu mengesan perubahan kedudukan kenderaan semasa mengharungi laluan mencabar.
Setiap suis dan pemegang pintu direka berasaskan konsep Mitsubishi Touch bagi memastikan operasi yang tepat walaupun anda memakai sarung tangan, selain dilengkapi kemudahan moden seperti pengecas tanpa wayar dan skrin maklumat hibur dengan fungsi terkini.
6. Enjin 2.4L MIVEC Turbo Dua Peringkat
Nadi utama Triton kini lebih berkuasa dengan pengenalan enjin 4N16 diesel turbo yang sangat bersih dan efisien.
Varian Athlete menggunakan teknologi pengecas turbo dua peringkat yang menghasilkan output sehingga 204 PS bagi memberikan lonjakan kuasa konsisten.
Prestasi ini dipadankan pula dengan sistem Super Select 4WD-II yang membolehkan anda menukar mod pacuan mengikut keadaan jalan termasuk mod pacuan empat roda sepenuh masa bagi kestabilan tinggi.
7. Teknologi Cengkaman dan Kestabilan Pintar
Triton dibangunkan dengan sistem pengendalian yang memastikan kenderaan kekal stabil di atas pelbagai rupa bumi.
Teknologi Active Yaw Control yang berasal daripada dunia rali membantu kenderaan mengambil selekoh dengan tepat di jalan licin manakala sistem Active Stability Control sentiasa memantau cengkaman tayar secara automatik.
Keupayaan ini menjadikan pemanduan anda lebih yakin walaupun ketika menuruni cerun curam atau melalui jalan berlumpur.
8. Rangka Teguh dan Kapasiti Muatan Besar
Casis Triton dibina menggunakan bahan tegangan tinggi yang menjamin ketahanan luar biasa untuk tugasan lasak.
Bagi keperluan komersial, varian Single Cab menawarkan ruang kargo terbesar dalam kelasnya manakala varian Double Cab menyediakan ruang yang cukup luas untuk memuatkan palet Euro.
Selain itu, keupayaan menunda sehingga 3,500 kg menjadikan Triton rakan kerjasama yang sangat dipercayai untuk pengangkutan berat.
9. Khidmat Selepas Jualan dan Penyelenggaraan Ekonomi
Dengan rangkaian 62 pusat jualan dan servis di seluruh negara, pemilik Triton tidak perlu bimbang tentang sokongan selepas jualan.
Kos penyelenggaraan juga direka agar berpatutan dengan selang servis setiap 10,000 km.
Sebagai contoh, kos servis berkala untuk varian Double Cab bermula dari RM444.29 manakala varian Single Cab adalah lebih ekonomi bagi memastikan kos operasi perniagaan anda sentiasa terkawal.
10. Pilihan Varian dan Harga yang Pelbagai
Mitsubishi menawarkan kepelbagaian varian mengikut bajet anda bermula daripada Triton Single Cab pada harga RM101,980.00 untuk kegunaan kerja yang ekstrem.
Bagi peminat gaya hidup aktif, varian seperti AT Premium berharga RM145,980.00 manakala varian mewah Triton Athlete ditawarkan pada harga RM159,980.00 dengan spesifikasi paling lengkap untuk pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.
Pelaburan Jangka Panjang Mitsubishi di Malaysia
Mitsubishi Motors Malaysia berada di landasan kukuh dengan kapasiti CKD tempatan serta rangkaian 63 pusat jualan dan servis yang merangkumi seluruh negara.
Bukan hanya rangkaian penyelenggaraan, Mitsubishi mempunyai Pusat Pembaikan Badan dan Cat di setiap bandar besar di dalam negara.
Triton hari ini bukan sekadar evolusi daripada L200, tetapi lambang kekuatan jenama Jepun yang telah membina kepercayaan pelanggan Malaysia sejak berdekad.
Triton baharu lebih matang, lebih moden dan membawa semangat kejuruteraan yang menjadi identiti Mitsubishi.
Xforce bakal tiba!
Semua pencapaian, ketahanan dan inovasi ini meletakkan Mitsubishi pada landasan sama untuk model seterusnya.
Model yang ditunggu-tunggu kini bakal tiba apabila Mitsubishi mengumumkan tempahan SUV Xforce dibuka pada awal Februari.
Seperti Triton, Xforce hadir dengan rekaan rugged dan lasak dan tidak membawa elemen bandar semata-mata.
Reka bentuk unggul Xforce telah pun diperakui dengan memenangi anugerah Good Design Award 2023 dan iF Design Award 2024.
Xforce direka mengikut persekitaran pemanduan Asean dan Mitsubishi memberi penekanan berdasarkan pelbagai keadaan cuaca dan permukaan jalan termasuk jalan yang kasar dan dinaiki air.
Satu lagi aspek penting ialah penalaan suspensi dibuat mengikut keadaan jalan raya Asean. Kehebatan Mitsubishi turut diserlahkan melalui empat mod pemanduan seperti mod basah, kerikil dan lumpur.
Di sini jelas bahawa Mitsubishi bukan sahaja membangunkan Xforce untuk hutan bandar tetapi juga laluan mencabar!








































