[Galeri] Retro Havoc 2019 – Meneruskan legasi “retro” di era terkini

3930

Retro Havoc kembali lagi, dan untuk edisi keenam 2019 ia tetap membawa dua elemen iaitu “retro” dan “havoc” dengan baik.

Barisan kenderaan klasik yang rare dan dalam keadaan show car dihimpunkan, serta suasana mengujakan menghangatkan suasana malam di Kompleks BRT Sunway.



Kenderaan yang dipamerkan didominasi oleh model-model dari pasaran Jepun (JDM) namun mempunyai wakil dari Eropah serta Malaysia sendiri.

Antara jentera yang sempat kami rakamkan adalah Mazda RX-7 FD3S, Nissan Fairlady 350Z, Nissan Silvia S15, Toyota Starlet GT Advance, Toyota Celica GT 70an, Toyota Corolla AE86 Trueno, Honda NS-X dan Honda Integra DC2 Type-R.

Jentera dari Eropah pula antaranya adalah Volkswagen Golf GTi Mk1 dan Mk6, Volkswagen Beetle klasik, BMW 3-Series E30, Saab 900, dan model-model klasik dari Ferrari dan Mini.

 

Beberapa modifikasi menarik melibatkan “kacuk” juga sempat kami rakamkan seperti Nissan Silvia S15 dengan muka depan ala Dodge Challenger, Daihatsu Mira trak pikap dan Proton Arena dengan muka depan Mitsubishi Evo 3.

Istimewa untuk edisi kali ini juga, Retro Havoc 2019 menjanjikan sebuah Toyota Starlet KP61 yang telah direstorasi sepenuhnya oleh pasukan Retro Havoc sebagai hadiah utama cabutan bertuah.

Hadiah-hadiah lain termasuklah tiket penerbangan ke Tokyo Auto Salon (TAS) 2020, satu set rim Atara Racing Wheel dan lima lagi hadiah istimewa.

Jemput cuci mata dengan galeri di bawah:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here