Kerajaan dalam fasa akhir pemilihan rakan strategik projek kereta nasional ketiga

1360

Kerajaan kini dalam fasa akhir pemilihan rakan strategik untuk projek kereta nasional ketiga. Menurut Menteri Pembangunan Keusahawanan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, perkara itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lama lagi.

“Saya tidak dapat dedahkan terlalu banyak buat masa ini. Sila tunggu dan lihat,” katanya kepada media.



Projek itu akan dipacu oleh sektor swasta dan tidak akan menggunakan dana kerajaan, katanya, yang menambah bahawa kerajaan hanya membantu projek itu berjalan.

“Kami tidak mahu membantu selamatkan mereka jika ada masalah,” katanya.

Redzuan berkata, setakat ini, 145 vendor tempatan telah menunjukkan minat terhadap projek itu dan ianya adalah kenderaan extended-range.

Dia berkata Malaysia mempunyai kepakaran dalam membina kereta serta kemajuan teknologi, dan sektor itu kini lebih terbuka.

“Kita kini di dalam era dimana sesiapa sahaja boleh menghasilkan kereta seperti Dyson. Kita di landasan betul dan projek ini tidak akan mengambil tempat Proton. Ia hanya untuk menambah kebolehan kita,” tambahnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here