Pemeriksaan percuma oleh Toyota & Shell untuk semua jenis kenderaan

188

Buat pertama kali, UMW Toyota Motor (UMWT) dan Shell Malaysia menawarkan pemeriksaan 36-poin kenderaan secara percuma, tidak kira bagi kenderaan dari jenama apa sekali pun, bertempat di 20 stesen Shell terpilih seluruh negara. Individu terlatih dari Toyota akan mengendalikan pemeriksaan berkenaan.

Toyota & Shell tawar pemeriksaan percuma - free inspection

Pemeriksaan percuma kenderaan

Mulai esok 30 Mei hingga 2 Jun, pemeriksaan ini akan dilakukan dari 10 pagi hingga 5 petang di stesen terpilih Shell:

Tawaran ini terbuka kepada semua kenderaan Toyota serta jenama-jenama lain. Setiap pemeriksaan akan mengambil masa sekitar 15 minit. Pemilik kenderaan yang menghantar kenderaan mereka untuk pemeriksaan percuma ini akan menerima cenderahati (selagi stok masih ada).

Bagi pemilik kenderaan Toyota pula, mereka akan menerima baucar potongan harga 10% bagi alat ganti terpilih di Pusat Servis Toyota. Selain itu, 10 pelanggan terawal setiap hari akan menerima baucar bahan api berjumlah RM10 daripada Shell Malaysia.

Kerjasama dengan Shell Malaysia ini turut memudahkan pemilik kenderaan Toyota untuk menukar inflator beg udara mereka (bergantung kepada kelayakan dan model kereta) di semua stesen terpilih Shell ini. Pemasangan inflator berkenaan akan mengambil masa kira-kira satu jam, bergantung kepada model kenderaan.

Ini merupakan suatu inisiatif yang baik oleh Toyota dan Shell dimana akan memberi manfaat terhadap ramai pengguna kenderaan. Apa kata anda? Dah diperiksa nanti jangan lupa beri komen atau pandangan dengan kami.

Komen anda mungkin membantu