Kes rim hilang semakin menjadi-jadi, awas pemilik Myvi, HR-V

4567

Kes pecah kereta dan rim hilang adalah jenayah rutin yang biasa berlaku. Namun akhir-akhir ini, nampaknya semakin serius.

Mungkin di dalam musim perayaan ini menjelang sambutan Hari Raya nanti, orang sibuk mencari duit poket lebih. Tetapi sayang sama sekali, sesetengah dari mereka menggunakan cara kurang elok.

Mereka ini beroleh keuntungan mudah dengan mengenakan musibah dan kesusahan kepada orang lain.



Kes rim hilang
Kes rim hilang

Model kereta popular jadi mangsa rim hilang

Menurut perkongsian yang dihantar kepada kami, antara model popular yang sering menjadi sasaran adalah rim dwi-tona Perodua Aruz dan Myvi, serta rim model-model Honda seperti City, HR-V, Jazz dan CR-V.

Dipercayai rim dari model-model tersebut mempunyai permintaan dan harga yang tinggi di pasaran terpakai.

Antara model lain yang turut menjadi mangsa rim hilang adalah Perodua Myvi generasi pertama, Mitsubishi Lancer, dan Honda Civic EK.

Perodua Myvi generasi pertama seperti sedia maklum, memang model popular di jalanraya kita. Letak sahaja apa-apa barang di Mudah.my atau group jual-beli Facebook, sekejap je anda terima PM.

rim hilang di Putrajaya

Model seperti Mitsubishi Lancer dan Honda Civic pula menjadi sasaran kerana model-model ini biasa menggunakan rim-rim aftermarket yang sporti dan bergaya.

Tidak dilupakan juga, model-model Proton seperti Wira, Persona, Satria, Preve dan Suprima yang kami percaya turut menjadi sasaran kerana ia adalah model lazim.

Diharapkan semua pemilik kenderaan lebih berhati-hati meninggalkan kereta mereka. Pilih lokasi yang tidak berisiko menjadi sasaran pencuri dan gunakan kunci tambahan untuk keselamatan kenderaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here