Orang Kelantan paling ramai balik kampung naik helikopter

2328

Kadang-kala, boleh terjadi keadaan dimana kita mungkin tak dapat balik beraya kerana tiket bas dan kapal terbang habis. Jangan risau, kerana kini anda boleh juga menaiki helikopter untuk pulang ke kampung halaman. Menurut pemilik syarikat penerbangan ini, orang Kelantan paling ramai menempah helikopter untuk pulang ke kampung di musim perayaan kali ini.

Orang Kelantan paling ramai balik kampung naik helikopter

Syarikat Hazmi Dimasyq Group melalui pakej “Balik Raya Elak Jem” menyediakan kira-kira 20 buah helikopter di musim perayaan Aidilfitri ini.



Menurut pemilik syarikat pengurusan, Hazmi Hanipa, syarikatnya menyediakan perkhidmatan helikopter dan jet peribadi yang kebiasaannya menjadi pilihan ahli perniagaan.

“Ini merupakan tahun pertama untuk perkhidmatan sempena hari raya. Setakat ini, kita mendapat 11 permintaan yang mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dari orang Kelantan.

“Penerbangan pertama bermula pada 3 Jun ini dan harga penerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 untuk sehala.

Menurut anak kelahiran Kampung Renok Baru, Gua Musang ini, dia tidak menyangka perkhidmatan ini mendapat permintaan tinggi terutamanya di kalangan ahli perniagaan.

“Untuk Kelantan sahaja, kita ada empat penerbangan setakat ini. Kita menyediakan dua jenis helikopter iaitu muatan tiga dan enam penumpang.

“Untuk penerbangan enam penumpang, harganya mencecah RM17,000 untuk satu jam dan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa tiga jam.

Melihat kepada permintaan dan sambutan positif, Hazmi berharap untuk terus mengekalkan perkhidmatan ini di musim-musim akan datang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here