Bentang tilam dalam kereta menyalahi undang-undang tali pinggang

3375

Anda mesti ada terlihat gambar tilam yang dibentang di barisan tempat duduk belakang MPV yang tular beberapa minggu lepas. Kononnya bentang tilam dalam kereta itu pasti menyeronokkan dan memberi keselesaan kepada anak-anak semasa pulang berhari raya nanti.

Bentang tilam dalam kereta menyalahi undang-undang tali pinggang
Bentang tilam dalam kereta menyalahi undang-undang tali pinggang

Ya lah, nanti trafik akan sesak dengan kenderaan, perjalanan 6 jam pun boleh menjadi 10 malah 12 jam. Jadi, adanya tilam sebegini pasti ideal untuk anak-anak.

Namun menurut kenyataan oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research), penggunaan tilam, katil atau benda seumpamanya di tempat duduk belakang kenderaan adalah menjadi kesalahan di bawah undang-undang tali pinggang keselamatan.



“Tular dalam media sosial mengenai penggunaan tilam di belakang kenderaan untuk pulang ke kampung dan itu merupakan perbuatan yang amat-amat dilarang walaupun ramai mendakwa ia untuk keselesaan dan sebagainya.

“Perbuatan yang menjadi trend itu merbahaya dan boleh disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar,” kata Ketua Pengarah MIROS, Dr. Siti Zaharah Ishak seperti dipetik oleh Utusan Online.

Jadi, jelaslah bahawa pakar pun berkata ianya salah dan boleh dikenakan tindakan. Tidak perlulah kita mengeluarkan kenyataan sendiri bahawa ianya selamat, selesa dan sebagainya.

Dan jika benarlah kebanyakan kita akan terlibat dalam kesesakan jalanraya dan memandu perlahan, adakah sepanjang masa memandu perlahan? Keluar dari rumah akan terus sesak?

Rasanya tidak perlulah kita korbankan keselamatan anak-anak demi “keselesaan” mereka.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here