Jonas Folger cari pasukan Moto2

1348

Jonas Folger yang kembali membuat kemunculan semula di litar Sachsenring sejak tahun 2017 tidak dapat menceriakan penyokong di laman sendiri apabila menamatkan perlumbaan GP german di tempat ke-17.jonas folger 

Folger yang menggantikan sementara Khairul Idham Pawi dalam saingan Moto2 bersama pasukan PETRONAS Sprinta Racing untuk tiga pusingan bermula di Catalunya. 16 Jun lalu menamatkan saingan dengan catatan 39 minit 53.333 saat.

Catatan dilakukannya itu kurang 18.232s di belakang pemenang kali ini dari pasukan EG 0,0 Marc VDS, Alex Marquez. Pelumba Afrika Selatan, Brad Binder muncul naib juara manakala rakan senegara Folger. Marcel Schrotter mengubat duka penyokong Jerman apabila melengkapkan pentas podium di tempat ketiga. 



“Satu perlumbaan yang baik. Ia tidak sempurna tetapi pada penghujungnya saya gembira dengannya,” kata Jonas Folger.

“Saya tidak melakukan banyak kesilapan dan selepas tiga perlumbaan di atas jentera ini.  Kami belajar banyak perkara mengenai bagaimana untuk lebih laju tetapi saya kerugian banyak masa dengan kelompok pendahulu di pembukaan saingan. 

“Sekiranya saya mampu lebih baik pada sesi kelayakan. Kami mungkin mampu untuk berada lebih hampir dengan kelompok depan kerana kelajuan saya tidak jauh dengan 10 pelumba hadapan

“Saya berterima kasih kepada PETRONAS Sprinta Racing kerana memberi peluang untuk menunggang motosikal Moto2 kembali dan memberi saya merasai kembali sensasi perlumbaan. 

“Saya sudah membuat keputusan yang saya mahu kembali berlumba dalam saingan Moto2 tahun depan dan saya harap mampu mencari pasukan yang bagus seperti ini.”  

Dua tahun lalu, Folger pernah menaiki pentas podium di Sachsenring dengan berada di tempat kedua dalam kelas perdana MotoGP. Pelumba berusia 26 tahun itu juga menamatkan perlumbaan Moto2 di tempat kedua pada tahun 2016.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here