McPhee, Sasaki kempunan di Sachsenring

1194

John McPhee dan Ayumu Sasaki memberi saingan sengit dalam kelompok depan perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Jerman sebelum akur dengan kemampuan dua pelumba Leopard Racing – Lorenzo Dalla Porta dan Marcos Ramirez – yang menamatkan saingan dengan keputusan 1-2. McPhee Sasaki

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Racing, McPhee dan Sasaki masing-masing menamatkan 27 pusingan perlumbaan itu. Di tempat keenam dan kesembilan di litar yang mempunyai banyak selekoh kiri, Sachsenring.

McPhee yang memulakan perlumbaan dari petak ke-10 berjaya memintas beberapa pelumba lain bermula dari pusingan pertama saingan. Adakalanya mendahului perlumbaan dan mampu kekal berada dalam kelompok 10 pelumba depan yang turut disertai, Ramirez, Dalla Porta dan rakan sepasukannya, Sasaki. 



Kedua-dua pelumba itu mampu mengekalkan corak tunggangan konsisten sehingga saingan bertambah sengit ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan yang turut disertai pendahulu keseluruhan, Aron Canet. Selepas bermula dari petak ke-22 dan menamatkan saingan di tempat ketiga. 

“Tempat keenam untuk perlumbaan dan juga kejuaraan,” kata pelumba dari Scotland, McPhee. “Pasukan sudah melakukan tugas yang baik untuk separuh musim pertama ini dan saya harap kami dapat kembali dengan lebih kuat selepas ini.”

John McPhee

Saingan Kejuaraan Motosikal Dunia dijadual berehat kira-kira sebulan selepas ini dan kembali beraksi. Di pusingan kesembilan musim di GP Republik Czech pada 4 Ogos ini di litar Brno. McPhee Sasaki

Sementara itu Sasaki yang bermula dari petak utama berkata, dia melalui minggu yang baik di Sachsenring dan mengharapkan dapat kembali dengan lebih kuat pada 10 baki perlumbaan selepas ini. 

“Satu perlumbaan yang tak dijangkakan kerana saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Kami mempunyai kelajuan yang bagus untuk menang ataupun berada di podium. 

“Ia mengecewakan untuk diri saya kerana tak dapat menjadi lebih laju di selekoh yang saya kurang bagus. Saya sedikit kecewa namun kami belajar dan pasukan sudah melakukan tugas yang baik pada sesi kelayakan terutamanya,” katanya. 

Selepas sembilan pusingan musim, Sasaki, 19, sudah mengumpul 29 mata untuk berada di tangga ke-21 keseluruhan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here