Toyota Gazoo Racing kembali lagi, musim ketiga janji lebih aksi

3386

UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan penganjuran musim ketiga bagi Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival yang akan bermula September ini.

Empat pusingan perlumbaan akan diadakan untuk musim ini, dengan lapan perlumbaan keseluruhannya. Ia merangkumi tiga litar jalanan yang direka khas, serta satu litar tetap iaitu di Litar Antarabangsa Sepang.



Seperti biasa, kejuaraan akan terbahagi kepada tiga kelas perlumbaan, iaitu Promotional (selebriti), Sporting (amatur) dan Super Sporting (profesional).

Menariknya, TGR musim ketiga ini tidak akan tertumpu kepada aktiviti di litar semata-mata, sebaliknya ia akan menampilkan Gazoo Racing Velocity E-Sports. Pertama kali diperkenalkan pada September tahun lalu, ia telah menarik sebanyak 400 penyertaan.

Penambahan lain ialah Gazoo Racing Outlet, dimana model-model kenderaan yang diinspirasikan dari penglibatan Toyota dalam perlumbaan akan dipamerkan. Nantikan kemunculan Gazoo Racing Supra!

TGR ini unik kerana ia bukan sahaja membawa dunia sukan permotoran lebih dekat kepada umum, tetapi juga Vios itu sebagai platform one-make race yang berkesan dalam melahirkan bakat baharu.

Ini dibuktikan dengan musim kedua dimana seorang pelumba berumur 14 tahun berjaya beralih dari perlumbaan go-kart kepada kereta lumba sedan.

Selebriti

Sementara itu, barisan selebriti yang akan berentap dalam kelas Promotional terdiri daripada Shukri Yahaya, Shawn Lee, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Nabila Razali, Wani Hasrita, Janna Nick, dan juara bertahan, Diana Danielle.

Terdapat juga dua muka baharu yang akan menyertai, iaitu Ain Edruce dan Syafiq Kyle. Timbalan pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama juga akan berlumba untuk musim ketiganya berturut-turut.

Barisan penaja bagi musim ketiga TGR Festival termasuklah Toyo Tires, pembekal teknologi automotif Denso, TRD Asia, jenama pelincir dari Jepun Moty’s, Enkei, minuman tenaga M7 dan Toyota Capital Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here