Pelbagai livery kustom untuk Honda ADV 150

4636

Baru seminggu diperkenalkan, dah macam-macam gaya Honda ADV 150 yang tersiar dalam media sosial.

Nampaknya, skuter adventure yang baru diperkenalkan itu bakal mengikut jejak kemasyuran seperti Yamaha NVX dan Yamaha Y15ZR seperti melanda Indonesia dan Vietnam.

Seperti yang disiarkan dalam portal Motoblast.org, nampaknya ada empat versi yang berbeza.



Jelas adanya pelekat atau warna yang dipadankan pada skuter adventure itu cukup menarik perhatian.

Jom layan gambar-gambar ADV 150 di bawah: 

Sebelum ini, Honda membuat kejutan dengan memperkenalkan skuter adventure, X-ADV 150 pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS).

Jentera yang diperkenalkan secara perdana itu diambil daripada inspirasi Honda X-ADV 750cc yang memiliki karakter menarik untuk ditunggang di jalan raya biasa atau laluan lasak.

Dari segi penampilannya, Honda X-ADV 150 ia tidak ubah seperti abangnya cuma saiz yang sedikit kecil.

Pada bahagian hadapan, ia menggunakan lampu LED berkembar yang turut dipadankan pelindung angin.

Suspensinya pula, bahagian hadapan menggunakan fork teleskopik, manakala dua penyerap hentak Showa bagi belakang.

Uniknya, skuter adventure itu dilengkapi rim berbeza apabila di hadapan padanan 14-inci dan belakang 13-inci, selain menggunakan tayar dual-purpose.

Honda ADV150 menggunakan enjin bersesaran 150cc dengan sejukan cecair yang menyalurkan 14.4hp dengan tork mencecah 13.2Nm. Tahap penggunaan bahan api boleh mencecah 46.6 km bagi setiap liter. Ia boleh ditunggang sejauh 373km bagi isian penuh.

Jika mahu dibandingkan dengan Yamaha NVX 155, sebenarnya kedua-dua model itu bukan dalam kategori yang sama.

Yamaha NVX 155 bukanlah kategori skuter adventure seperti Honda X-ADV 150. Bagaimanapun perbandingan boleh dibuat berdasarkan kuasa enjin serta beberapa spesifikasi lain.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here