Bukan penghalang Chetan Korada kejar kecemerlangan

1047

Kecacatan anggota badan sejak berumur setahun mungkin melemahkan semangat bagi sesetengah orang, tapi tidak bagi Chetan Korada, yang hilang kedua-dua belah kakinya, (di bawah paras lutut) selepas dilahirkan cacat, yang membuatkan beliau terpaksa bergantung kepada kaki palsu sepanjang hayatnya.

Selain membesar dengan pelbagai kesulitan berbanding kanak-kanak lain, beliau juga terpaksa menukar ‘kaki palsunya’ setiap enam bulan untuk disesuaikan dengan tumbesarannya.



Bagaimanapun semua cabaran ini tidak pernah menyekat Chetan, 32, daripada membesar sama seperti rakannya yang lain, dalam bersukan dan sebagainya; namun selepas merasai kehebatan lajunya pecutan jentera, hatinya telah terpaut dengan sukan permotoran ini, dan dia tidak lagi menoleh ke belakang.

Dilahirkan di Andhra Pradesh, India; Chetan menjadi orang yang kedua di dunia yang berlumba dengan menggunakan kaki palsu, selepas bekas pemandu F1 Itali, Alex Zanardi; dan beliau adalah pemandu yang pertama di dunia memenangi perlumbaan menggunakan kaki palsu.

Selepas memenangi beberapa perlumbaan dan bersaing dalam pelbagai siri kejohanan, Chetan kini menguji kereta-kereta Formula Masters dengan Eurasia Motorsport dengan sasaran menyertai Formula 3 Asian Championship Winter Series, hujung tahun ini.

Semasa pelumba lain dengan pelbagai kecacatan di seluruh dunia menggunakan kereta yang diubah suai dengan kawalan tangan untuk klac, brek dan pemacu kelajuan, Chetan Korada sebaliknya memilih untuk bersaing secara adil dengan lain-lain pelumba, dengan tidak memilih sebarang pengubahsuaian dalam mengawal kenderaan.

Chetan terpaksa menggunakan kaki palsu yang diperbuat daripada fiber karbon bagi menyerap kesan hentakan dan membantu semasa membrek, kerana beliau memerlukan kuasa hampir lapan kilogram pada bahagian kaki dan betis untuk membrek dengan lebih baik semasa membelok.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here