Land Rover Defender dilahirkan semula padat dengan teknologi terkini

2354

Kita telah melihat prototaip dengan camouflage yang dipandu merata, malah siap ada versi Lego Technic lagi sebelum ini. Tapi kali ini, Land Rover Defender 2019 serba baharu telahpun didedahkan secara rasmi di Frankfurt Motor Show.

Ia menampilkan rekabentuk gagah yang ikonik dan padat dengan teknologi-teknologi terkini. Defender serba baharu ini dijuruterakan untuk menepati piawaian global terkini termasuklah di dua pasaran terbesar di dunia, Amerika Syarikat dan China.



Untuk permulaan, Defender 110 5-pintu akan diperkenalkan dengan harga £45,240 (RM233,456) dan ditawarkan dalam empat varian; Explorer, Adventure, Country dan Urban. Penghantaran pula dijangka dibuat pada awal tahun depan.

Kemudian, versi lebih kompak Defender 90 3-pintu akan menyusul, pada harga £40,000 (RM206,416). Ini termasuk dengan dua jenis model komersil.

Antara aspek Defender ini yang paling menjadi bualan ialah penggayaan luarannya. Ia telah berevolusi dari gaya utilitarian kepada bentuk yang lebih sofistikated, tetapi masih rugged.

Terdapat elemen-elemen yang diambil dari Defender sebelum ini seperti overhang depan dan belakang yang pendek, gerbang roda berpetak, bumbung tinggi dan tingkap bumbung yang dinamakan Alpine.

Aksesori tambahan pula termasuklah bumbung fabrik boleh dilipat yang membolehkan penumpang belakang Defender 110 berdiri, khemah pada bumbung, tangga di tepi dan tempat barangan di tingkap.

Pengarah rekabentuk Land Rover, Gery McGovern berkata: “Ia mempunyai silhouette yang kanak-kanak pun boleh lukis, tetapi tiada yang ringkas mengenainya, terutamanya di bahagian permukaan.

“Pada jelingan pertama, ia nampak agak asas tetapi sebenarnya agak sofistikated. Panel-panel rata boleh nampak murah dan ini kenderaan premium, jadi kami perlu bijak dari itu.”

Di dalam kabin, Defender baharu dilengkapi sistem infotainmen terkini syarikat itu yang dinamakan Pivi Pro. Ia dikatakan lebih mudah diguna. Walaubagaimanapun, skrin digital 10-inci itu sengaja dibuat tidak diintegrasi dengan papan pemuka.

McGovern berkata, “Ianya jujur. Kami tidak mahu berpura-pura bahawa ini kenderaan yang berjiwa teknologi tinggi.”

Land Rover Defender baahru ini dibina di atas platform D7x, yang mana syarikat itu mengatakan sebagai struktur badan paling teguh pernah mereka bina. Struktur aluminium ini direka agar boleh memuatkan drivetrain dengan bantuan elektrik – bukan elektrik sepenuhnya.

Dengan itu, syarikat itu komited untuk menjual versi plug-in hybrid (PHEV) pada 2020. Ini adalah tambahan kepada model-model pilihan enjin dan diesel.

Enjin

Enjin petrol 4-silinder P300 akan menjana 296hp dan mampu mencapai 100km/j dalam 8.1 saat. Sementara itu, enjin 6-silinder P400 yang menggunakan teknologi hibrid akan menjana 396hp/550Nm dan mampu memecut ke 100km/j dalam 6.4 saat.

Untuk diesel pula, enjin D200 dan D240 masing-masing akan menjana 197hp dan 237hp.

Sebagai sebuah Land Rover, mestilah mampu masuk off-road, bukan? Untuk itu, Defender ini mempunyai kelegaan tanah 291mm, sudut naik 38-darjah, sudut turun 40-darjah, kedalaman menyelam 900mm, kapasiti kargo 900kg, kapasiti bumbung 300kg dan kapasiti tunda sehingga 3,500kg.

Kesemua angka ini dibantu oleh sistem pacuan semua-roda mekanikal dengan pilihan suspensi udara independent atau spring gegelung. Kelengkapan lain termasuklah transmisi dengan nisbah kelajuan berkembar, pembeda tengah berkunci serta pembeda belakang aktif.

Untuk teknologi pula, Defender dilengkapi dengan Configurable Terrain Response yang mampu mengawal sensitiviti pendikit minyak dan transmisi, serta ClearSight Ground View, Hill Launch Assist dan Enhanced Hill Hold.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here