Lego Land Rover Defender 2020 dalam kit Technic terbaharu

2637

Lego jarang menghasilkan kereta akan datang yang belum dilancarkan. Sebelum ini set dan kit Lego Technic terdiri dari model sedia ada seperti Ferrari F40, Bugatti Chiron dan Porsche 911 GT3 RS. Tapi kali ini, nampaknya Lego mula membuat kelainan. Syarikat “batu-bata” itu menampilkan set Lego Land Rover Defender 2020 yang belum dilancarkan.

Ditemui di dalam laman web Lego The Brothers Brick, set yang belum dilancarkan itu memaparkan “replika kenderaan utiliti lagenda.



Berdasarkan imej intipan Defender 90 yang disiarkan online, kita boleh sangat yakin bahawa ia adalah berdasarkan Defender akan datang itu.

Prototaip Land Rover Defender 2020. Imej: motor1.com

Agak sukar untuk menafikan persamaan antara Defender sebenar itu dengan model Lego Technic. Gril depan dan logo agak serupa. Begitu juga tayar, garisan bumbung dan muka depan bersegi.

Set Lego Land Rover Defender 2020 ini akan mempunyai 2,573 biji atau bahagian. Selain winch depan, ia juga mempunyai komponen lain yang berfungsi seperti sebenar iaitu mekanisma stereng, kotak gear empat-kelajuan, tiga pembeda, dan suspensi independent.

Ia bersaiz 22cm tinggi, 42cm panjang dan 20cm lebar. Belum ada harga rasmi, namun The Brothers Brick berkata ia akan dijual pada harga kira-kira £159.99 (RM838.02) di UK.

Lego Technic ini dikatakan bakal dilancarkan pada Oktober, sementara Land Rover sebenar mempunyai tarikh pelancaran pada September nanti.

2 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here