Mangsa kemalangan dibantu oleh YDP Agong

3096

Baru beberapa hari lepas, tular gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beratur di KFC Temerloh, membuatkan ramai netizen kagum. Hari ini, YDP Agong sekali lagi menunjukkan mengapa baginda Raja di hati rakyat.


Dalam siri beberapa gambar yang disiarkan oleh akaun Instagram Istana Negara, YDP Agong, yang kelihatan segak dalam sut hitam, dilihat menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan yang berlaku di Putrajaya.



Baginda ketika itu dalam perjalanannya ke Istana Melawati untuk mesyuarat pra-kabinet bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila konvoinya terserempak dengan satu kemalangan melibatkan sebuah Perodua Alza.

Mangsa, Jasliza Jamil, 38, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Foto yang dikongsi itu telah mendapat lebih daripada 7,600 Like dan 340 komen pada masa artikel ini ditulis.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata insiden pada 7:20 pagi itu berlaku apabila pemandu Perodua Alza itu dalam perjalanannya dari Gombak ke tempat kerja di Presint 2.

“Jalan itu basah dan licin kerana hujan. Dia hilang kawalan kenderaannya dan tergelincir ke pembahagi jalan.

“Semasa kemalangan itu, konvoi YDP Agong sedang melalui kawasan itu. Baginda turun dari kenderaan untuk bertanyakan keadaan mangsa selama beberapa minit sebelum menyambung perjalanannya ke Istana Melawati,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here