Toyota Corolla Altis 2019 dah boleh mula ditempah sekarang!

2754

Nampaknya pasaran segmen-C semakin rancak semula kali ini, dengan Toyota Corolla Altis serba baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Ini akan menjadi pesaing kepada Mazda3 serba baharu yang dilancarkan beberapa bulan lepas dan Honda Civic 2019 versi facelift yang juga akan dilancar tidak lama lagi.



Mereka yang mahu menjadi orang pertama memiliki Corolla Altis ini boleh mula membuat tempahan di mana-mana bilik pameran Toyota yang bertauliah bermula hari ini.

Dua varian Corolla Altis akan ditawarkan, iaitu 1.8G pada RM136,888 dan 1.8E pada RM128,888. Kedua-dua model ini akan dipacu enjin 1.8-liter 2ZR-FE yang menghasilkan 139PS pada 6,400rpm dan 173Nm tork pada 4,000rpm.

Transmisi

Transmisi pula ialah Shiftmatic CVT dengan 7-kelajuan maya. Nampaknya tiada pilihan hibrid dan versi GR Sport ditawarkan buat masa ini.

Platform

Corolla Altis 2019 ini dibina menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA) yang sama diguna oleh CH-R. Platform ini dijuruterakan untuk memberikan prestasi, dinamik pemanduan serta keselesaan lebih baik.

Antara perkara utama pada Corolla Altis serba baharu ini ialah ia akan menerima Toyota Safety Sense (TSS) terbaharu, iaitu ciri keselamatan canggih. TSS hanya terdapat pada 1.8G, dan merangkumi Pre-Collision System, Lane Departure Alert dengan Steering Assist, Lane Tracing Assist, Dynamic Radar Cruise Control, Automatic High Beam dan Blind Spot Monitor.

Kelengkapan standard adalah rim 16-inci, lampu depan halogen, lampu belakang LED, skrin TFT LCD 4.2-inci, penghawa dingin automatik, corong penghawa dingin belakang, sistem infotainmen dengan skrin 6.8-inci, tempat duduk fabrik dan pelarasan berkuasa lapan arah.

Sementara itu, varian 1.8G akan menerima penambahan rim 17-inci, lampu depan LED, penggilap cermin automatik, penghawa dingin dwi-zon, tempat duduk kulit, brek parkir elektronik, paddle-shifters, pengecas tanpa-wayar Qi, Panoramic View Monitor dan Digital Video Recorder depan dan belakang.

Warna

Lima warna pilihan diberikan, iaitu Celestite Grey Metallic, Silver Metallic, Attitude Black, Red Mica Metallic, dan warna unik White Pearl Crystal Shine berharga RM800.

Untuk maklumat lanjut, layari toyota.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here