Toyota Alphard: Ketahui maksud di sebalik namanya

3871

Bercakap mengenai kereta ini, sudah pasti ramai di kalangan kita sangat tahu tentangnya. Tetapi, bercakap mengenai maksud disebalik nama Toyota Alphard, mungkin ramai yang masih belum tahu tentang hal ini.

Toyota Alphard

Nama Toyota Alphard yang mempunyi kelas MPV mewah ini sebenarnya diilhamkan dari nama bintang. Nama bintang itu ialah Alphard, dan merupakan bintang paling terang dalam buruj bintang Hydra. Nama Alphard juga bersal dari perkatan arab yaitu Al-Fard yang bermaksud ‘penyendiri’. 



Pada waktu malam, bintang Alphard kelihatan sangat terang berbanding bintang-bintang yang lain seolah-olah tiada bintang di sekelilingnya. Mungkin ini sebabnya Toyota memberikan nama Alphard untuk kereta mewah ini, kerana apabila digunakan di jalanraya, pengguna akan kelihatan menonjol dengan personaliti Alphard seolah-olah bintang yang sangat terang.

Bercakap mengenai sejarah, Alphard generasi pertama mula diperkenalkan pada tahun 2003-2007. Kerana ia diperkenalkan melalui pengimport umum, banyak varian yang dikelaskan dan juga mempunyai ciri-ciri yang berbeza.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here